photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, March 22, 2012

Kompaun Parkir: MPSJ Perlu Realistik

Pemandangan Kawasan Taman Sg Besi Indah di waktu malam

Keberatan sebenarnya untuk menulis, namun saya gagahi juga demi maslahah semua pihak.

Baru-baru ini kereta syarikat yang saya naiki menerima "surat cinta" daripada penguatkuasa MPSJ. Kerana apa? Katanya kenderaan itu diletakkan di tempat bukan letak kereta.

Mood yang elok terus berubah. Hari yang panas menjadi bertambah panas.

Ya, diakui tempat itu bukanlah tempat letak kereta. Habis berpuluh kereta menerima "surat cinta" yang sama.

Kalu satu dua, rasanya kita boleh faham. Tapi kalau sudah berpuluh, apa tandanya?

Kawasan Taman Sungai Besi Indah (kawasan komersial bertentangan Stesyen KTM Serdang & The Mines) sedang mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta.

Masalah bermula apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) membenarkan pembukaan Bazaar Larut Malam The Mines (Downtown) yang mengambil separuh daripada kawasan lapang yang menjadi kawasan tempat letak kereta dahulunya.

Apa yang dilakukan oleh MPSJ sebagai imbal balas? Habuk pun takda. Mereka yang mencari rezeki di kawasan ini berputih mata. Sudahlah tempat letak kereta tidak mencukupi, saman pula kena hadap walaupun meletak kenderaan di belakakang atau tepi bangunan sendiri.

Hari ini lagi sedap ceritanya.

Kenderaan penguatkuasa MPSJ diletak di tmpat bukan letak kereta. Tiada pemandu mahupun penumpang di dalam kenderaan. MPSJ nak cakap apa?

Toyota Hiace siapa parking di laluan utama ini?

Eh! Itu bukan logo MPSJ? Van Jab. Penguatkuasaan?

Pasal apa ini berlaku?

Kerana penguatkuasa sendiri maklum benar kawasan Taman Sungai Besi Indah bukan sahaja kurang tempat letak kereta, lebih parah lagi pada satu-satu masa tiada langung tempat letak kereta yang berbaki. Yang lebih menariknya, kenderaan penguatkuasa MPSJ letak di laluan utama. Diulangi laluan utama! Bukan belakang bangunan! Bukan tepi bangunan!

Sebelum Bazaar di buka, ini adalah tempat meletak kenderaan

Kalau saya boleh saman, takda cerita banyak. Kad merah saya layang, surat cinta saya bagi. Tapi kami maklum bahawa memang padanpun keadaannya macam tu. Nak marah apa, memang tempat letak kereta tiada.

Moralnya, MPSJ selesaikanlah dahulu tanggungjawab sendiri sebelum bertegas saman menyaman. Bukankan undang-undang ada elemen budi bicara.

MPSJ pesan saman RM80 boleh dapat diskaun RM20 jika bayar awal.

Bayar awal? Sedapnya.... MPSJlah sepatutnya selesaikan masalah ini awal-awal.

Kami pesan, bukan kata RM80, diskaun sampai RM20 pun jangan dilayan selagi MPSJ tidak selesaikan masalah asasi kami di sini.

Hari ini saya dapat surat peringatan pembayaran kompaun. Jika tak bayar dalam tempoh 7 hari, tindakan mahkamah (siap bold lagi) akan diambil tanpa sebarang notis lanjut.

MPSJ buatlah kajian dan perancangan dengan teliti. Kalau tempat letak kereta cukup, isu ini tak timbul. Kenderaan kami elok ikut peraturan, kenderaan penguatkuasapun elok ikut peraturan.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Kompaun Parkir: MPSJ Perlu Realistik"