photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, May 8, 2012

BERSIH 3.0 : Berlaku Adillah Dalam Berfatwa


"Dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia, maka hendaklah kamu berhukum dengan adil." 

[An-Nisa':58]


Saat saya menerima perkhabaran bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) menghukumkan BERSIH 3.0 sebagai haram di sisi Islam. Saya terkesima sebenarnya.

Satu penanda harapan rakyat demi kelangsungan sebuah negara berdaulat
Hati ini memberontak. Namun saya diamkan sahaja.

Masakan begitu?
Hujah mana dipakai?
Ranum mana kajian?

Secara peribadinya, saya sangat menghormati dan semestinya memandang tinggi sebuah institusi agama Islam yang tertinggi di negara ini. Namapun Majlis Fatwa Kebangsaan. Anggotanya terdiri daripada para mufti dan cendekiawan Islam yang mahir dalam disiplin ilmu Islam yang sangat kaya itu.

Saya kira selepas ia diterajui oleh Dato' Dr. Ismail Ibrahim (beliau terlibat secara langsung dalam debat olok-olok antara PAS dan UMNO yang diadakan di hadapan Dr. Mahathir) satu masa dahulu, ia kembali disegani dan disantuni. Namun fatwa yang terbaru sangat memeranjatkan saya.

Jujur saya akui, sedikitpun saya tidak menerima fatwa tersebut.

Saya tidak menerima bukan kerana saya anti-kerajaan tapi ia jauh dari hakikat dan realiti keadaan.

Perhimpunan aman mendesak sebuah pilhanraya yang bersih dan adil. Menang bergaya, kalah bermaruah

Semua maklum BERSIH 3.0 diadakan demi menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.
Semua maklum yang pergi ke sana dengan niat dan tindak DUDUK dan BANTAH.
Semua maklum ianya sebuah himpunan aman atas tuntutan demokrasi.
Semua maklum ia disertai oleh ratusan ribu rakyat merentasi politik kepartian.
Semua maklum BERSIH 3.0 bukan  bertujuan menggulingkan sebuah kerajaan.
Semua maklum peserta pergi cuma berbekal air dan garam serta sedikit wang belanja.

Tapi sayang, MFK sepertinya tidak maklum.

Saya memohon agar siasatlah dengan adil dan saksama. Ambillah hujah dan penjelasan dari kedua-dua belah sebelum menjatuhkan hukum itu dan ini.

Sungguh saya bimbang. Dengan perkembangan ini, mungkin sahaja integriti MFK diragui. Jangan sampai orang bukan Islam melihat betapa teruknya cara para ulama' Islam menghukum sesuatu perkara tanpa bukti dan penyiasatan yang adil.


Sabda Nabi s.a.w; "...ulama pewaris nabi".

Masakan nabi akan menghukum melulu. Duhai ulama, peliharakan ketinggian ad-Deen ini.




Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "BERSIH 3.0 : Berlaku Adillah Dalam Berfatwa"