Monday, November 5, 2012

Beraja Di Mulut, Bersultan Di Perut

Islam mendidik umatnya akhlak dengan makanan

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan"

[Al-A'raf:31]

"Orang lain mati sebab kebulur tak makan. Orang kita mati sebab buntang banyak makan!", ulas sahabat saya apabila membaca berita penderitaan orang Somalia yang kebuluran.

Memang. Orang Malaysia sangat bermasalah dengan bab makan ini. Bukan pasal tak cukup makan. Bak kata Sepah, terlebih sudah!

Kementerian Kesihatan pun sudah keluarkan kenyataan yang rakyat Malaysia adalah kategori yang terobesiti antara negara-negara ASEAN.

Siapa-siapa pun dalam bab makan ini, saya kira susah sikit bersederhana (yeke susah sikit? Macam susah sangat je!). Agaknya sudah dibudayakan begitu dan itulah kebiasaan kita.

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Bila dah mengadap hidangan, makan sampai membuntang (terlampau kenyang). Sampai sidai perutlah senang cakapnya. Bulan Ramadhan lagi teruk! Iftar persis balas dendam pasal siang tak dapat makan. Suhur makan selagi boleh. Nanti lapar pula katanya.

Sudahnya, habis pesan Allah Azzawajalla dan Rasul-Nya.

Sabda Nabi s.a.w; "Kami adalah kaum (umat) yang tidak makan kecuali lapar dan apabila kami makan, kami berhenti sebelum kenyang" [HR Ahmad]

Jom kita didik naluri ini agar tidak lagi menurut nafsu tekak dan perut yang nyata kalau tidak turut bukan menyihatkan. Bahkan kata Imam Al-Ghazali r.a, perut adalah pusat segala penyakit. Amat sukar apabila nafsu beraja di mulut, bersultan di perut.

Sabda Nabi s.a.w lagi, "Jauhilah makan dan minum yang berlebih-lebihan, kera ia dapat merosakkan kesihatan tubuh, mendatangkan penyakit dan memberi kemalasan ketika hendak solat. Dan hendaklah bagimu bersederhana kerana ia membawa kebaikan pada tubuh dan menjauhkan diri dari sikap berlebih-lebihan". [HR Bukhari]

Ayuh kita bersederhana.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Beraja Di Mulut, Bersultan Di Perut"

minah sEmpooOT said...

in sha Allah..tq for da reminder,, :D