photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, November 27, 2012

Bukanlah Muslim Namanya Jika Tidak Peduli

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

[Al-Isra': 1]

Tiada erti Palestin tanpa Masjid Al-Aqsa
Selalu benar kita dikhabarkan tentang penderitaan rakyat Palestin dan keadaan Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam.

64 tahun dijajah dan dijarah oleh musuh-musuh Allah Azzawajalla.

Satu dua minggu kebelakangan ini, cerita yang sama menerjah kembali. Ia tetap berkisar serangan Yahudi Zionis yang membunuh umat Islam di sana.

Yang diserang bukannya orang lain. Mereka saudara kita. Bukankah Allah Azzawajallah berfirman; "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" [Al-Hujurat: 10]

Pesan orang tua; cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Tapi ini bukan tahap cubit. Ini kira potong paha kiri, mulut tetap asyik menjamah.

Tidaklah pula kata semua begitu. Namun, sebahagiannya memang itulah sikapnya.

Zaman sekarang untuk mengajar Yahudi Zionis bukan sahaja perlu dengan bahasa darah. Bahasa ekonomi juga wajib diguna.

Negara kuat sebab ekonominya kuat. Ada duit semua beres.

Sungguhpun kita yang tidak mampu mengangkat senjata melawan mereka tetapi harus diingat. Wang kita juga mampu menjadi senjata.

Boikot adalah senjata ampuh yang bijaksana
Ayuh boikot produk keluaran mereka. Boikot syarikat yang mendanai kegiatan mereka. 

Marilah kita mendoakan kekuatan dan kemenangan  buat para mujahiddin yang gigih mempertahankan tanah umat Islam di sana. Qunut Nazilah jangan dilupa.

Amaran Nabi s.a.w; "Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya"

Kita mampu mengubahnya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "Bukanlah Muslim Namanya Jika Tidak Peduli"

Nazihah said...

Manusia kini lebih gemar bersikap apati. Menunggu perkara terjadi pada diri sendiri dan keluarga baru mula timbul rasa simpati. Sedangkan orang Palestin itu juga keluarga kita.

Unknown said...

Jom lihat isu yang sama di blog saya
http://ijoks2009.blogspot.com/2012/12/anda-memang-ego-jika.html