Tindakan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada para penuntut baru Universiti Selangor (UNISEL) nyata bukan sahaja bersifat jahat dan dendam bahkan menunjuk bodoh.
PTPTN...satu lagi parti komponen Barisan Nasional selepas SPR |
Malang sungguh Malaysia punyai Menteri Pengajian Tinggi yang menjaga menara gading dan Menteri Pelajaran yang kurang akhlaknya.
Politik longkang orang-orang bingai memang menjijikkan. Tambah sedap, Perdana Menteri bukan main senyap 1000 bahasa. Mana ulama muda UMNO?
Golongan ini yang diletak harap untuk menjaga ummah? Jauh panggang dari api.
90 peratus penuntut baru di UNISEL adalah anak bangsa Melayu. Mereka ini dikhianati pemimpin Melayu Parti Kebangsaan Melayu yang mengaku membela Melayu. Bangang sungguh!
Khabarnya sebuah lagi IPT di bawah Kerajaan Negeri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga akan menerima nasib yang sama.
Teruskanlah UMNO! Lagi kuat kamu tendang bola ke dinding, lagi kuat ia melantun balik menerjah kamu!
Taraf UMNO tak lebih dari samseng sekolah. Tak mampu berhujah, dia pakai buku lima.
Buat malu dengan MCA dan MIC. DAP jauh sekali.
Teruskan sekatan jika dengan cara itu kamu kira boleh meruntuhkan Kerajaan Negeri Selangor. Kami akan berdoa ke hadhrat Ilahi agar Dia menurunkan pengajaran kepada kamu dan parti kamu berdua supaya kamu menyedari bahawa tindakan kamu itu menyalahi hukum kebenaran dan keadilan dan perbuatan kejam dan zalim kamu itu layak untuk dibalas dengan setimpal oleh Allah swt.
"Politik itu kotor", kata Dato' Sri Mohd Najib suatu ketika dahulu.
Ya, pasal wujud golongan macam mereka itulah politik menjadi kotor. Tak tahu mana dosa mana pahala. Buta mana adil mana zalim.
No comments:
Post a Comment