TERKANDAS...Siapa yang tahan jika begini? |
Bila dengar sahaja berita yang Pakatan Rakyat (PR) bercadang menurunkan harga kereta apabila berjaya menguasai Putrajaya pastinya ia satu berita yang menggembirakan. Sebuah perkhabaran yang penuh dengan pengharapan.
Siapa tak teringin harga kereta murah, bukan?
Beberapa tahun dahulu ketika di penghujung zaman Dr. Mahathir Mohamed, kita disapa dengan berita Malaysia akan tandatangani FTA. Itu juga bermakna kereta import dan tempatan akan menjadi lebih murah kerana beberapa cukai seperti duti import dan eksais dikecualikan.
Ramai yang berkira-kira menangguhkan dahulu hasrat membeli kereta. Alih-alih ia sekadar berita sahaja. Fantasi gagal direalitikan.
Berbalik kepada cadangan PR, saya pun mula naik syok. Hampir pasti saya akan menangguhkan hasrat berkereta. Mungkin untuk beberapa bulan. Saya masih menunggu dan lihat.
"Malaysia ni semua berlumba-lumba nak buat bangunan tinggi-tinggi. Pastu parking takde. Sape punya idealah bagus sangat ni!", Khairi membebel meluahkan marah. Sejam memusing mencari tempat meletak kereta tapi hampa. Saya sekadar mendengar.
Ya, itulah masalah kita. Gagal menyediakan tempat meletak kenderaan secukupnya. Kita yang biasa dengan urusan kerja di Lembah Klang semestinya maklum soal ini.
Pertambahan bilangan kenderaan baru di Malaysia sejak tahun 2000 hingga 2010 sahaja, sudah melebihi sejuta unit. 10 tahun itu menyamai tempoh 25 sebelumnya, sangat drastik
SESAK...Pernah terkandas dalam situasi begini |
ADAT...Hanya mereka yang melaluinya setiap hari sahaja yang faham |
Oleh itu kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Sehingga hari ini, kerajaan masih gagal mengatasi perkara ini.
Nasihat saya kepada sesiapa yang memerintah, untuk menurunkan harga kereta kepada harga benar-benar mampu milik adalah bagus. Dan lebih bagus lagi sekiranya disediakan sistem sokongan yang sepatutnya. Ini penting bagi memastikan masalah kekurangan tempat letak kenderaan, kesesakan lalu lintas dan kemalangan dapat diatasi dan diurudtadbir dengan efisyen.
CANGGIH...Penjimatan ruang dan efisyen |
SITEMATIK...Antara penyelesaian |
MODEN...Bilakah akan ada di Malaysia? |
Boleh layari:
http://www.hoax-slayer.com/self-parking-garage.shtml
http://www.parkingsystemsolutions.com/elevator/
0 comments: on "Parking Penuh, Jalan Penuh!"
Post a Comment