photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Monday, June 23, 2008

Melayu Hancurkan Melayu

Kualiti kepimpinan Melayu di bidang politik, budayawan, korporat dan intelektual terus diperkatakan apabila unsur-unsur rasuah, penyelewengan, konspirasi, berebut jawatan dan mengejar jawatan terus menjadi amalan.

Tabiat buruk itu tidak ke mana sebaliknya merugikan masa depan orang Melayu sendiri apabila ada di kalangan orang atasan tetap memperagakannya tanpa rasa sebarang kebimbangan. Akibat terlalu banyak retorik terutamanya politik boleh menyaksikan kepimpinan yang tidak menguntungkan bangsa.

Tabiat buruk sesetengah kepimpinan Melayu di segala bidang seperti politik, budayawan, korporat atau entelektual merugikan bangsa Melayu sendiri. Rakyat yang terbawa-bawa dengan perwatakan kepimpinan akan mengambil tabiat itu sebagai satu idola.

Di kalangan orang politik pula mereka lebih gemar mencari puncak perjawatan dengan gaya kepimpinan beraspirasi tinggi sedangkan banyak isu melibatkan nasib Melayu nyata terbiar sehingga ada yang datang dalam rangka lawatan lima tahun sekali.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat ingin mengembalikan peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah didesak oleh rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) masih berada 'di awan-awangan' pelaksanaannya.

Jika beliau sebagai orang atasan, Abdullah patut merealisasikan apa yang dicadangkan ketika baru-baru memegang tampok pemerintahan. Rakyat mula mempertikaikan slogan 'bekerja dengan saya' bukan 'bekerja untuk saya' akhirnya terbongkar apabila terdapat keluarganya sendiri terlibat dengan percaturan politik sempit.

Kita mendapati kepimpinan Melayu hilang tumpuan untuk membaiki nasib bangsa malahan ada antaranya sanggup berada dalam kelompok elit demi mempertahankan status quo.

Justeru, penulis mengajak pengerak bangsa akur kepada hakikat bangunnya bangsa terletak kepada kualiti dan mutu kepimpinan yang ditampilkan. Kesejatian kepimpinan masih pudar dan tidak terang lagi. Bangsa Melayu kena cari izzah berteraskan Islam barulah kemelut yang meruncing dapat diatasi.
Seandainya ini tidak diberikan perhatian tidak mustahil nasib bangsa Melayu terus terhimpit, tersepit dan seterusnya menjadi bagaikan 'nyawa-nyawa ikan' sahaja.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Melayu Hancurkan Melayu"

R N said...

sekadar ingin berkongsi pengetahuan dengan sedara penulis... sy baru jer lepas kelas hubungan etnik.... mengikut pandangan yg diberikan oleh seorg pensyarah yg berkaitan...beliau memberi komen bahawa...ape yg berlaku kepada malaysia sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak implikasi daripada pilihan raya 2008 yg lalu...beliau juga memberi komen terhadap isu etnik di malaysia yg ade hubung kaitnya dengan PR umum yg lalu bahawa PKR berjaya meraih undi drpd semua kaum di seluruh malaysia namun UMNO hanya dapat memancing undi drpd kaum melayu sahaja...jd fikirlah sendiri...