Thursday, June 26, 2008

KUIS: Populariti VS Pengaruh

Setiap pemimpin memiliki gaya dan karisma yang tersendiri yang membezakannya daripada yang lain. Berkelanalah dari utara ke selatan, timur ke barat. Inilah fitrah kehidupan.

Bertolak dari sinilah, para pemimpin dipilih dari kalangan mereka yang paling berpengaruh. Maksudnya di sini ialah mereka yang memiliki kelompok pengikut dan penyokong serta para simpati perjuangan mereka. Semua faktor ini mengangkat mereka menjadi public figure dan peribadi yang sangat dikenali.

Yang pastinya populariti dan pengaruh ini dibina dengan mereka menyantuni orang-orang di sekeliling dengan akhlak mulia selain sifat kepimpinan yang menonjolkan siapa sebenarnya mereka ini.

Lihat saja pimpinan-pimpinan kita sebelum ini antaranya Halim Abu Bakar, Fairuz, Ramadhan, Iskandar dan ramai lagi. Mereka telah membuktikannya.

Pada penulisan penulis sebelum ini, ada pembaca yang mempersoalkan kenapa pemimpin mahasiswa dilantik dari kalangan peribadi-peribadi yang popular, sedangkan kedapatan mereka yang mempunyai daya kepimpinan tetapi kerana tidak popular, maka mereka tidak diberikan ruang dan peluang.

Bagi merungkai perkara ini, kita perlu tahu membezakan antara popular dan pengaruh. Sekilas mencongak mungkin sama, namun andai diteliti nyata berbeza sekali.

Sebelum itu, penulis ingin membawa contoh lain sebelum kita mendalami perbincangan ini. Percaya dan yakin. Cuma kita fahami analogi ini.

”Ramai para penonton hadir menyaksikan pertunjukan sarkas di Genting Highland. Seorang pendemonstrasi menunjukkan kehandalannya. Sebiji epal diletakkan di atas kepala rakan sedemonstrasinya. Kemudian dia melontarkan pisau itu tepat mengenai sasarannya iaitu epal tadi. Dia terus menunjukkan kehandalannya berkali-kali tanpa sedikitpun tersasar. Penonton percaya bahawa sememangnya pendemonstrasi tadi seorang yang cekap dan handal. Tercengang dibuatnya.

Kemudian pendemonstrasi itu meminta sukarela dari kalangan penonton untuk dia lakukan perkara yang sama seperti tadi. Semua tersenyap. Tiada seorang pun yang berani tampil merelakan diri”.

Nah, inilah bezanya antara percaya dan yakin. Percaya sahaja belum tentu seseorang itu memiliki keyakinan. Ini kerana ia memang sekadar itu. Tidak lebih dan tidak kurang.

Berlainan dengan yakin. Apabila seseorang itu yakin sesungguhnya percaya terlebih dahulu mengisi hatinya. Bukanlah dinamakan yakin sekiranya percaya tiada. Namun percaya sahaja belum tentu disusuli dengan yakin.

Seperti analogi di atas tadi. Penonton memang maklum akan kehandalan pendemonstrasi tetapi mengapa mereka tidak berani menampilkan diri untuk menjadi subjek. Tidak lain tidak bukan, mereka tidak yakin. Hanya percaya, tidak lebih dari itu.

Berbalik kepada perbincangan kita, skopnya hampir sama sahaja. Populariti hanyalah kemasyhuran dan dikenali ramai. Tiada apa-apa pun dengan populariti. Cuma terkenal dan menjadi perhatian ramai.

Tetapi adakah ini bermaksud dia orang yang berpengaruh. Tidak sama sekali. Menjadi perhatian, buah mulut ramai dan seumpamanya bukanlah membawa erti yang dia orang yang berpengaruh.

Kita ambil contoh Mawi atau Dafi. Semua maklum mereka ini adalah orang yang sangat dikenali dan menjadi perhatian masyarakat. Tapi jika diletakkan mereka ini sebagai salah seorang calon pilihanraya, penulis mengira masyarakat tidak akan memberikan tempat buat mereka.

Berlainan pula dengan pengaruh. Fitrah individu yang berpengaruh memang terkenal dan menjadi public figure dalam sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai kelebihan dan daya tarikan yang tersendiri terutamanya dalam aspek kepimpinan.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun Abdul Razak Hussein, Anwar Ibrahim, Dato’ Fadzil Nor, Tun Dr Mahathir dan ramai lagi. Hatta Khairy Jamaluddin itu pun terkenal. Inilah dinamakan pengaruh.

Populariti sahaja tidak membuahkan pengaruh. Ingatlah, semakin kuat pengaruh seseorang itu, semakin meluaslah populariti diraihnya. Bukan kerana diminta begitu tetapi menang itulah adatnya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

3 comments: on "KUIS: Populariti VS Pengaruh"

adeq said...

ermm..
respon yg bagus..tp sbnrnya smada sdr sdar atau tidak,sdr tidak memahami spenuhnya tulisan sy..ya, mgkn mereka memilki pengaruh n ciri2 yg melayakkan mereka menjawat jawatan sbg pemimpin..tp adakah mereka benar2 layak memgang tampuk sbg pemimpin??bg sy,seorang pemimpin pelajar yg baik adalah seseorang yg sentiasa berusaha utk memajukn dirinya n jga org lain.. mksd sy,sharusnya tidak timbul soal pemimpin pljr tidur dlm kelas,dapat markah kosong dlm kuis,selalu ditegur oleh lecturer krn sering tidak hadir dlm kelas, dimarahi oleh ktua jabatan al-quran n al-sunnah krn tidak dapat menghafaz al-quran dgn baik.. ataupn pointer yg selalu jatuh?? kalu itu yg anda mksudkn tentg individu yg memilki kredibiliti dan karisma sbg pemimpin,sy x tau la nk ckp apa...maaflah,sy x berniat nk menghentam sdr..tp sdr harus mnerima realiti n hakikat bhawa pemimpin yg sdr banggakan e2 tidaklah sempurna mana..give chance to others...

n(',') said...

CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis.

Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini?

Mencampur-adukkan antara yang Haq dengan yang Batil?

Menggaulkan yang positif dengan yang negatif?

Letakkan apa sahaja andaian anda. Saya ada alasan yang tersendiri, untuk nama-nama ini duduk dalam satu kumpulan.

Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH.


Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini.

KEPIMPINAN DAN PENGARUH

Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kedudukan dan jawatan.

Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.