photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, November 9, 2008

64,503 Melayu Bukan Islam, Apa Usaha Kita?

Peruntukan Perlembagaan berhubung agama Islam merupakan satu unsur tradisi yang utama dan perkembangan sejarahnya adalah sebahagian daripada perkembangan pemerintahan beraja di Tanah Melayu.

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Antara empat agama terbesar di Malaysia ialah Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Islam sampai ke Tanah Melayu sejak abad ke-13 Masihi melalui pedagang Islam dari Arab, India dan China. Buktinya awal Islam wujud di Tanah Melayu ialah Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1330 atau 1386. Empayar Melaka terbentuk pada abad ke-14 Masihi dan Melaka telah memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia tenggara.

Pengaruh Islam dalama kerajaan Melaka dapat dilihat dalam undang-undangnya di mana Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka mempunyai elemen undang-undang Islam (walaubagaimanapun ia masih tidak menyeluruh).

Mengambil kira agama Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu dan sangat dekat di hati masyarakat Melayu, maka orang Melayu mengikut tafsiran Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hanya menganuti satu agama sahaja iaitu Islam. Malahan timbul satu pandangan yang sinonim dengan perkara ini, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

Lipatan sejarah Tanah Melayu memperlihatkan kepada kita bagaimana semangat jihad nenek moyang berjuang melawan tentera kuffar penjajah seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun bagi mempertahankan akidah dan tanah air umat Islam ini. Islam menjadi dasar perjuangan mereka sehingga titisan darah terakhir.

Kalau kita teliti Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 1980 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan memperlihatkan kepada kita Melayu yang dahulunya hanya menganut Islam. 100%. Kini hanya menjadi angka-angka sejarah.

Saya tersentak apabila melihat laporan bancian ini iaitu 64,503 Melayu sudah tidak beragama Islam. 4,766 penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia menganut Kristian, 552 (Hindu), 746 (Buddha), 456 (Confucius), 44,317 (agama suku kaum) dan 13,666 tidak beragama.

Itu bancian tahun 1980. Bagaimana sekarang selepas 28 tahun laporan itu dikeluarkan?

Angka ini sudah semestinya akan berubah mengikut peredaran dan perkembangan masa. Secara tidak langsung kita sudah dapat membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu tidak semuanya beragama Islam termasuk sebahagian daripadanya murtad.

Ini belum dikira dengan mereka yang menganuti fahaman yang nyata disanggah oleh Islam seperti Nasionalisme, Komunisme, Sosialisme, Liberalisme, Sekularisme dan se'kapal' dengannya.

Makanya, apa usaha dan tindakan kita? Baik kita ambil masa untuk menjawab persoalan ini sebelum soalan yang sama di tanya di Mahkamah Rabbul Jalil.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "64,503 Melayu Bukan Islam, Apa Usaha Kita?"

~nEmo~ said...

Melayu yang bukan islam, ia sudah tidak boleh diklasifikasikan sebagai melayu kerana, dlm perlembagaan, seorang melayu adalah seorang yg beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan adat resam melayu..

ini satu lagi masalah.huhu

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Ya, dari perspektif Perlembagaan Persekutuan memang begitu. Namun kita berbicara dalam konteks geneologi Melayu