photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, November 13, 2008

Terhantuk Tapi Tak Tergadah

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana pendekatan kita dalam pendidikan hendaklah secara berhemah kerana pendekatan secara menakut-nakutkan lebih-lebih lagi kepada anak pada usia muda tidak akan membawa manfaat".

Begitulah petikan ulasan Menteri Pelajaran, YB Dato' Seri Hishamuddin Hussein berkenaan isu seorang ustazah di sebuah sekolah di Damansara yang menayangkan video klip 'Sajak Kematian'.

Saya akui sememangnya agak tidak kena tindakan guru itu menayangkan kepada khalayak semuda itu klip video tersebut. Itu bukan tahap mereka. Saya sependirian dengan YB Menteri dalam perkara ini.

Walaubagaimana pun niat murni seorang guru untuk menyemai dan melahirkan rasa takut akan azab Allah Taala seharusnya dipuji. Kredit seharusnya diberikan atas usaha ustazah berkenaan. Perbincangan secara terhormat dengan ustazah dan pihak sekolah harus dijalankan tanpa ada apa-apa sentimen yang menggelapkan tujuan asal bagi melahirkan modal insan yang kenal dan rapat dengan Tuhannya.

Cuma yang tinggal sekarang ini ialah method yang mahu digunakan untuk maksud itu.

Namun saya sedikit meragui kata-kata YB Menteri bahawa Kementerian Pelajaran menggunakan pendekatan berhemah dalam soal pendidikan. Kalau perkembangan semasa diambil kira sebagai kayu ukur, nyata ini sangat bertentangan dan sememangnya menyongsang.

Soalnya, apa yang dimaksudkan dengan berhemah itu? Budi pekerti, kesopanan, kesantunan, adab dan ketertiban, YB Menteri.

Baru-baru ini satu negara (mungkin juga menjadi berita dunia) dikejutkan dengan kejadian pelajar perempuan di sebuah sekolah di Perlis melawan dan menerajang gurunya. Yang diterajang itu gurunya, diulangi gurunya.

Apa tindakan pihak KPM? Si kurang ajar itu hanya digantung sekolah. Itupun seminggu sahaja. Wah, mungkin ini yang dimaksudkan berhemah oleh YB Menteri.

Kita jangan lupa tahun lepas satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik UKM. Hasil kajian mereka lebih 90 peratus pelajar yang diselidik terlibat dengan seks bebas. Itu seks bebas, YM Menteri. Solat? Hah, itu tak payah panjang-panjang sebab jawapannya sudah terhidang.

Solat adalah kunci utama. Oleh sebab itulah Nabi saw sangat bertegas tentang solat. Sabda baginda saw:

"Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir yang nyata"

Sampai saat ini saya kira YB Menteri dan KPM belum lagi menunjukkan satu sikap yang sangat serius dan bersungguh-sungguh mengusahakan pembangunan modal insan yang holistik.

Jangan terhantuk baru tergadah. Tapi ini pun sebenarnya sudah berapa kali terhantuk!


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "Terhantuk Tapi Tak Tergadah"

emir.abu.khalil said...

assalammualaikum...

ana bersetuju dengan pendapat enta.. benarlah itu. ini satu cara pendidikan sekular yang menggamit sistem pendidikan kita. apabila dididik mengenal Allah, kita dituduh itu dan ini, apabila kita diterajang anak murid yang tidak mengenang budi, yang dikenakan tidak setara....

bukan hendak membela nasib guru, tapi nasib sistem pendidikan yang terus diterkam pihak-pihak yang punya akal singkat..

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Selagimana kita tidak kembali kepada sistem pendidikan Islam yang sahih maka inilah natijah yang harus ditelan.