photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, December 14, 2008

KUIS: Teka-Teki PRK, Satu Muslihat Besar

Maka semakin bergemalah kampus cakap-cakap tentang Pilihan Raya Kampus (PRK). Kena pula kini waktu sudah melewati pertengahan Disember yang kebiasaannya Bulan Pilihan Raya. Sebenarnya cakap-cakap ini sudah rancak kurang lebih 2 bulan lalu, cuma kini semakin ber'degung'.

Tiada siapa yang dapat menelah dengan tepat bilakah tarikh sebenar PRK ke-11 akan diadakan. Presiden MPMKUIS sendiri pun tak tahu-menahu walaupun seakan naik lemas dengan pertanyaan yang sama dari semua.

Saya tidak mahu sentuh atau berkomentar tentang apa mungkin dijangka atau dicongak perihal calon-calon PRK nanti apalagi yang melibatkan kerusi-kerusi panas.

Satu sahaja persoalan saya apabila melihat perkembangan semasa ini, kenapa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipengerusikan oleh Timb. Rektor, Tuan Hj Mohd Khairi Husin dan pesuruhjayanya yang juga Pengurus JPM, En. Halim Mokhtar masih senyap seribu bahasa? Selewat ini mengapa memo PRK belum dinaikkan?

Inilah keanehan yang menjadi tanda tanya dan inilah seharus menjadi perhatian perbincangan.

Kita perlu sedar bahawa untuk menggalas tugas selaku ketua biro sesuatu program pun memerlukan satu perancangan yang teliti dan mengambil masa. Inikan pula peranan berat sebagai pemimpin badan tertinggi mahasiswa. Lagilah berganda-ganda.

Congakkan mudahnya begini, sekarang sudah pertengahan Disember. Disebabkan semboyan PRK belum dibunyikan lagi, kita perlu membuat sedikit congakan. Senang cerita katakanlah PRK jatuh pada awal Januari depan. Ini bermakna penamaan calon ialah pada hujung bulan ini. Kita mudahkan lagi cerita, 7 Januari ialah hari keluar mengundi. Malamnya majlis pengisytiharan kemenangan dilakukan. Terus malam keesokannya calon-calon yang menang bermesyuarat untuk melantik Presiden yang baru. Malam seterusnya pula, Majlis Tertinggi MPMKUIS diisi. Setelah itu selesai, Presiden dan Majlis Tertinggi akan bermesyuarat untuk membentuk Kabinet MPMKUIS 2008/2009. Akhirnya Majlis Baiah pun berlangsung pada 19 Januari 2008.

Semua proses yang saya sebutkan di atas itu memakan masa sekurang-kurangnya sebulan atau mungkin lebih. Segalanya mungkin.

Oleh itu, di sinilah bermulanya masalah yang akan membelenggu seluruh pergerakan mahasiswa di KUIS. Kekangan waktu yang sangat menghimpit.

Seperkara yang perlu kita fahami di sini ialah seluruh lajnah dan persatuan yang sudah membentuk pimpinan baru tidak boleh bergerak selagi mana MPMKUIS belum dibaiahkan. Selagi itu tidak selesai, segala gerak-kerja adalah tidak valid dan illegal. Perlembagaan KUIS sangat jelas tentang hal ini.

Nah, di sini kita sudah kerugian masa sedangkan masa itu adalah modal terbesar kita untuk melakukan perancangan dan penelitian.

MPMKUIS yang baru sudah semestinya memerlukan masa yang cukup untuk melakukan perancangan secara bersama dengan teliti dan berhati-hati. Banyak perkara yang perlu disemak. Banyak benda yang perlu disusun.

Awal Mac, warga KUIS akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester sebelum mereka bercuti selama 2 bulan lamanya. Mengambil kira akan perkara ini, MPMKUIS semakin dihambat waktu. Apa tidaknya. Aspek perundangan, tradisi, perancangan aktiviti pembangunan mahasiswa, pemerkasaan gerakan mahasiswa, jalinan perhubungan luar, akademik dan banyak lagi mahu tidak mahu perlu diselesaikan sebelum cuti semester.

Buka sahaja sesi perkuliahan nanti, itu sudah masuk fasa ke-2, Fasa Perlaksanaan. Fasa ini adalah fasa yang paling kritikal. Bukan mudah untuk menterjemahkan hitam putih dalam bentuk pelaksanaan. Kena pulak masalah menimpa, tanpa ukhuwah dan semangat kebersamaan yang utuh tiada jaminan MPMKUIS bergerak megah dan gagah.

Inilah yang membimbangkan merujuk kepada perkembangan yang sedang berlaku.

Cukup tersusun dan halus perancangan tangan-tangan kotor yang tak jemu-jemu ingin merencatkan perkembangan gerakan mahasiswa di kampus KUIS. Buktinya jelas (pada pandangan saya). Kepemimpinan mahasiswa yang sedia ada tidak sedar ini sebenarnya sangat menjerut kita semua. Inilah yang memudahkan lagi kerja-kerja mereka. Yang lumayannya perancangan ini tidak menampakkan mereka di kandang pesalah.

Perlu ada pihak yang mendesak PRK disegerakan. Ini bukan masalah mahu menurunkan 'kerajaan' sedia ada. Tetapi yang lebih besar dan utama ialah memastikan kelestarian gerakan mahasiswa agar kebajikan dan pengisian pembangunan mahasiswa tidak terjejas.

Percayalah, semakin lama perkara ini dibiarkan semakin haru-biru natijahnya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "KUIS: Teka-Teki PRK, Satu Muslihat Besar"

Admin said...

Kewujudan PRK sedikit sebanyak memanaskan dunia mahasiswa kini. Untuk makluman saudara khadam, PRK KUIS mungkin akan berlangsung pada 14 Januari 2009. Satu tarikh yang memang tidak dijangka. Dan proses pencalonan mungkin akan berlaku pada akhir bulan 12 ataupun awal bulan 1. Terlalu lewat! Dua perkataan yang sudah menggambarkan PRK kali ini bakal memainkan pelbagai persoalan yang bakal timbul. Kita saksikan kehangatan PRK KUIS kelak.


Naib Presiden 1 MPM
http://putera-2008.blogspot.com
Dapatkan artikel terbaru penulis :

PRK MPP / MPM Malaysia : Episod 1

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Ya...memang diluar jangkaan semua. Lewat seminggu dr congakan Khadam. Ini bermakna semakin banyak masa terbuang dan organisasi mahasiswa dihambat waktu untuk membuat perancangan dan persediaan.

Khadam memandang berat perkara ini.