Saturday, December 27, 2008

Merafak Sembah Ucap Takziah

Dikesempatan ini, saya menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Binti Tuanku Burhanuddin dan semua kerabat Di Raja Negeri Sembilan di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Saya berharap agar rakyat jelata sentiasa mendoakan agar Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT sentiasa.

Mudah-mudahan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dan anakanda-anakanda baginda tabah dan bersabar menghadapi ujian dan ketentuan Ilahi dengan penuh rela hati.

Baginda Tuanku Jaafar (86 tahun) mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi semalam.

Al-Fatihah

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Merafak Sembah Ucap Takziah"