Saturday, January 17, 2009

Raikan Kemenangan Parti Islam

Alhamdulillah. Ini sahajalah kalimah yang diungkapkan sebaik sahaja saya menerima SMS dari sahabat-sahabat mengkhabarkan tentang kejayaan PAS kembali menawan Kuala Terengganu. Tadi saya meluangkan masa memenuhi jemputan ke Majlis Makan Malam Kolarasi Amal GEMPITA. Nak datang segan sebenarnya. Namun untuk tidak mengecewakan pihak penganjur saya ketepikan semua itu.

Ketika khusyuk mendengar ucapan Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Dr Halimah Ali, mulalah SMS bertalu-talu menerjah telefon bimbit ini. Mahu saja saya bertakbir tapi beringat juga ada pemimpin negeri tengah berucap. Takde adablah kalau begitu.

"Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang"

Sememangnya tidak dinafikan semangat dan iltizam yang ditunjukkan oleh jentera PAS bagi menggembling usaha ke arah memenangkan Parti Islam itu adalah sangat tinggi dan menebal. Semua orang maklum, kalau dihimpunkan seluruh parti politik di Malaysia ini, tak kiralah UMNO ke, PKR ke, MCA ke, DAP ke, Gerakan ke, MIC ke dan lain-lain, maka orang PAS lah yang paling istiqamah dan tinggi iltizamnya dalam bekerja dengan parti. Tarbiyyah inilah yang takde pada mana-mana parti politik yang lain.

" Tiada kemenangan kecuali dari sisi-Nya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana"

Syukur calon PAS, YB Abdul Wahid Endut diisytihar sebagai pemenang bagi kerusi P36. Ini bermakna kerusi PAS dan Pakatan Rakyat bertambah di Parlimen.

Keangkuhan dan besar diri pemimpin UMNO/Barisan Nasional pasti tercalar teruk dengan perkembangan terkini ini. Macam sebelum-sebelum ini, mereka akan saling tuduh-menuduh dan bercakaran bagi memikulkan kesalahan dan kekalahan mereka.

Isu Hudud yang dijaja kembali kepada rakyat bukan sahaja tidak mengena jerat bahkan jerat sudah makan tuan. Mereka angkuh dengan syariat Allah. Maka kehinaan menimpa mereka. Allah bagi tunai.

Raikanlah kemenangan ini dengan sujud syukur kepada Allah swt tempat kita meminta dan mengadu. Apalagi kita ditarbiyyah oleh pemimpin agar berpegang teguh pada tali Allah.

Suka saya memetik kata-kata Tuan Guru Presiden:

"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"


Subhanallah. Inilah ucapan dari seorang pemimpin yang mahu membawa rakyat Malaysia bernaung di bawah redha Allah.

Ya Allah Ya Zaljalali walikram, serahkanlah negara ini kepada pemimpin-pemimpin Islam yang bertaqwa. Jangan biarkan kami tanpa pimpinan. Pimpinlah kami ke jalan kebenaran. Kepada Engkaulah kami berserah dan berharap....




Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

3 comments: on "Raikan Kemenangan Parti Islam"

nazmi said...

Syukur Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menjaga kemenanagn parti Islam ini dengan terus berdakwaj dengan apa cara yang termampu

pensel tajam said...

bro.
gua dah lama usha lu punya blog.
ni 1st time nak drop comment.
maaf kalau bunyi agak kasar.
tahniah.
tu je yg mampu gua ucapkan.
time kat malaysia dulu, gua xjumpa kawan2 yg berfikiran sama macam gua.
tp skang makin hari makin ramai yg gua jumpa.
teruskan usaha anda wahai pembawa panji Islam.

arrazzi alhafiz said...

Momentem semangat dan iltizam tinggi para pendokong Parti Islam perlu dikekalan. Jangan pula hanya bersemangat untuk berdepan dengan pilihan raya semata-mata. Ia perlu disalurkan juga bagi melakukan usaha-usaha dakwah baik kepada Muslim dan juga non Muslim.

Marilah kita meletakkan usaha mendaulatkan kalimah Lailahaillallah ini seperti tarik dan hembusnya nafas kerana sememangnya inilah tujuan kita dibangkitkan di dunia yang fana ini untuk dipertanggungjawabkan di Mahsyar kelak