photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Monday, March 23, 2009

Itu ini, sana sini

Sudah lebih dari sepekan saya biarkan laman GEMA MAHASISWA terbiar usang tidak terusik. Bukan tiada isu yang menarik perhatian ini. Banyak, sungguh banyak. Maka saya cuba juga menyentuh walaupun sesetengahnya mungkin boleh dilabelkan sudah basi.

Syabas Nik Nur Madihah

Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal dari Maahad Muhammadi (Perempuan), Kelantan mendapat 20A di dalam SPM adalah sesuatu yang sungguh bermakna. Sejuk mata melihat seorang gadis yang sempurna akhlaknya dengan pakaian muslimah dan ibadah tahajjudnya yang istiqamah mencipta satu rekod kecemerlangan yang membanggakan seluruh negara. Apalagi beliau dari sekolah aliran agama yang satu ketika dahulu pernah di labelkan sebagai tempat asuhan pengganas oleh bakal Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak.

Sebagai seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga yang diselimuti kemiskinan dan kedaifan, nyata kejayaannya sangat manis untuk kenang. Anak kepada seorang nelayan dan tukang sapu ini begitu cekal dan kehidupan itulah yang memotivasikan dirinya mencapai apa yang diraih sekarang.

Saya tertarik dengan ulasan Ust. Zaharuddin Abdul Rahman yang nyata sarat dengan sinis dan sindiran. Katanya:


Kenyataan Nik Nur Madihah yang berterus terang berkenaan kebiasaannya berpuasa Isnin Khamis turut memberi impak positif kepada ibadah puasa yang adakalanya dilihat serong oleh manusia bertuhan aqal (mereka adalah kumpulan sekular), yang sering mendakwa puasa boleh membantutkan prestasi pelajaran dan kerja kerana keletihan dan tidak bermaya.

Tudung labuhnya tidak menutup mindanya dari cerdas sebagaimana anggapan dan tuduhan sebahagian wanita moden yang amat membenci pakaian Islam ini. Bibirnya tidak perlukan warnaan lipstick, matanya tidak perlukan eyeshadow warna abdomen langau yang kehijauan dan pipinya tidak perlukan blusher merah agar dilihat bijak. Semuanya natural. beliau juga tidak perlukan skirt pendek bagi menampaknya kebijaksanaan mindanya.

Mujurlah adik Nur Madihah tidak memaklumkan berkenaan ibadah solat malam dan tahajjudnya. Jika tidak tentunya bekas pemimpin yang pernah 'membantai' solat malam dengan hujah ia memundurkan prestasi pelajar akan seolah-olah ditampar kiri kanan serta terkena jurus 'flying kick' di perut.


Namun dalam warna-warna kegembiraan dan kemanisan ini, saya sangat kecewa apabila Kementerian Pelajaran tidak mengisytiharkan pelajar terbaik pada tahun ini. Alasannya tiada yang layak.

Tak layak? Habis yang 20A depan mata apebenda! Bab inilah yang saya geram sangat dengan KPM. Pantang kalau pelajar cemerlang itu dididik di sekolah seliaan kerajaan pembangkang, habis satu pun tidak diiktiraf. Tak usah kata peringkat kebangsaan, peringkat negeri pun haram tak dapat.

Gagasan kerajaan perpaduan Presiden PAS

Sekali lagi YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS memperlihatkan betapa murnianya wawasan beliau selaku pemimpin gerakan Islam dan pandangan jauh demi kemaslahatan ummah dalam mendepani kemelesetan ekonomi dan kegawatan politik yang melanda negara.

Gagasan kerajaan perpaduan benar-benar menguji jiwa besar UMNO dan keikhlasan pemimpin mereka bila berdepan dengan keadaan yang sangat mendesak ini. Lontaran gagasan TGAH tidak pernah berlaku dalam sejarah siasah negara. Kerajaan perpaduan ini tidak sama dengan kerajaan campuran BN-PAS pada dekad 70an dahulu. Sama sekali tidak.

Nampaknya Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat tidak bersetuju dengan hasrat presiden. Namun saya mengira TGNA tidak benar-benar hadam dengan apa yang dilontarkan oleh TGAH. TGNA bimbangkan pisang berbuah dua kali. Beliau tidak mahu luka lama berdarah kembali. Kebimbangan TGNA memang berasas. Atas rasa sayang kepada PAS, TGNA sangat berwaspada segala kerjasama dengan pihak UMNO/BN. Seboleh-boleh hindarkan.

Namun Presiden PAS tidak maksudkan komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk kerajaan melalui BN. Bukan juga PAS menyertai UMNO atau BN, tetapi ia satu gagasan baru yang bertujuan untuk mengatasi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan negara dengan harapan agar rakyat dan negara ini dapat selamat dan negara yang bertuah ini sejahtera dan berkebajikan.

Negara tanpa pembangkang ibarat perjanjian damai dan genjatan senjata buat beberapa ketika sementara usaha-usaha mengstabilkan ekonomi dilaksanakan. Sebab itulah TGAH membawa contoh kerajaan perpaduan pimpinan Presiden BJ Habibie yang kebaikannya dinikmati oleh Indonesia sehingga sekarang. TGAH tidak ambil kerajaan campuran BN-PAS pimpinan Tun Abdul Razak Hussein yang nyata memporak-perandakan rumah tangga PAS sebagai contohnya.

Sirah Nabawiyyah jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana baginda Rasulullah saw dan para sahabat memetrai Perjanjian Hudaibiyyah di bawah sebatang pokok dengan Kerajaan Musyrik Mekah. Ini kerana di sana ada satu perkara besar yang perlu diselesaikan bersama terlebih dahulu.

Taruhan PAS di Bukit Gantang

Sebentar tadi Presiden PAS mengumumkan YAB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon PRK Bukit Gantang. Percaturan yang sangat bijak oleh kepemimpinan Parti Islam bagi pengundi P056 itu.

Saya memang mengharapkan beliau diangkat menjadi calon. Biar buku bertemu ruas. Kita ajar keangkuhan dan kebebalan pemimpin UMNO/BN. Ingat, di mana bumi dipihak, di situ langit dijunjung.

InsyaAllah dengan rekod cemerlang yang dimiliki oleh MB Perak itu, serta gerak kerja yang mantap dan penggantungan yang tinggi dengan Allah swt, kemenangan adalah milik Islam.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Itu ini, sana sini"

shyufi said...

tiada pendekatan yang paling sesuai untuk kerajaan perpaduan ini.
usaha yg baik,tapi effect negative lebih tinggi dan risiko untuk pisang berbuah dua kali juga tinggi.masih ramai 'pejuang' umno-bn yg kotor!

adik madihah,..antara rekod pencapaian yg paling bagus buat masa ni dan kerajaan hanya pandang sepi mengenai ini..demokrasi di malaysia hanya pada nama dan rakyat masih dikongkongi dgn pelbagai sekatan.aliran,ideologo berlainan akan di pinggirkan..

malaysiaku gemilang!