photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Monday, November 23, 2009

Mereka Seleweng Fakta, Kebenaran


“Dan orang-orang Kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya”

[An-Nur 24:39]


Apabila entiti haram rejim Zionis 'Israel' ditubuhkan pada 1948, kawasan Baitul Maqdis Barat ditempatkan untuk rejim Zionis tetapi Baitul Maqdis Timur masih kekal mejadi sebahagian Tebing Barat yang dimiliki oleh rakyat Palestin. Rejim Zionis sama sekali tidak menyembunyikan hasratnya untuk menjajah keseluruhan Baitul Maqdis dan daripada 1967 selepas penaklukan haramnya ke atas Baitul Maqdis Timur, mereka mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai 'ibukota selamanya'.

Populasi

Populasi penduduk di seluruh tanah yang dirampas dan mereka namakan ia sebagai 'Israel adalah 6 juta. Populasi di Baimul Maqdis pula ialah seramai 680,000.

Yahudi, 458,400. Manakala selebihnya 70,000 dari kalangan Arab (Muslim dan Kristian).

Baitul Maqdis yang dijajah

Baitul Maqdis adalah bandar terbesar di dalam tanah Palestin (yang kemudiannya dirampas opada 1948) dari segi kawasan. Sedari penaklukan baitul Maqdis Timur, objektif dan polisi Israel mengenai kawasan itu mengikut bentuk yang sama iaitu mengubah, menyeleweng dan mewujudkan fakta yang tidak akan boleh dikembalikan kepada bentuk asal atas dasar untuk membenarkan Israel menyelamat dan mengekalkan kawalan eksklusif. Ini bersifat jangka panjang agar 50 atau 100 tahun akan datang tiada lagi yang mampu mempertikaian 'fakta' ciptaan mereka. Ini termasuk persempadanan semula untuk Baitul Maqdis Barat dan Timur.

Satu daripada kejadian pertama selepas Perang Yom Kippur 1967 adalah seramai 6000 rakyat Palestin dari kuarters Maghrabi dihalau dari kediaman mereka dan rumah-rumah itu dimusnahkan sama sekali. Jumlahnya lebih dari 137 buah rumah. Tujuannya hanya semata-mata untuk mendirikan sebuah plaza di depan Al-Buraq (dinding timur).

Persidangan Umum PBB Resolusi 2253 pada 1967 telah memanggil Israel dan menetapkan agar Israel memansuhkan semua langkah dan menghentuikan dari mengambil langkah yang akan mengubah status Baitul Maqdis. Maklum dengan perangai Israel, ia tidak sekali-kali menggentarkan mereka untuk tunduk dan patuh kepada sesiapapun. Resolusi hanya sebuah resolusi. Tegasnya cuma di dalam sidang dan kertas.

Nafsu Israel untuk menjarah makin menggila. Ia merampas lebih 18,270 tanah Palestin di Baitul Maqdis dalam masa hanya 3 tahun pertama penaklukan.

Tanah yang dirampas

Membina daerah luar bandar dengan jalan-jalan baru untuk meramaikan orang di kawasan metropolitan Baitul Maqdis Timur adalah antara strategi rejim Zionis dalam misi penjajahan mereka ke atas tanah air umat Islam itu.

Pentadbiran Rejim Zionis yang haram itu juga dengan cara yang semestinya haram menggunakan undang-undang untuk menghalalkan perampasan tanah Palestin dengan menggelar tanah milik Palestin sebagai kosong, ditinggalkan ataupun tidak digunakan bagi menghalang pembangunan dan perumahan Palestin supaya mereka keluar dari bandar suci tersebut.

Antara 1967 sehingga 2004 sahaja, sudah lebih 25,500 tanah diambil dari rakyat Palestin di Baitul Maqdis sahaja. Ulangan, di Baitul Maqdis sahaja. Itu belum dicampurkan dengan wilayah-wilayah yang lain diserata bumi Palestin.

Resolusi PBB 478, dalam membalas tindakan rejim Zionis mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibukota, meyatakan bahawa segala perundangan dan pentadbiran langkah yang diambil oleh rejim, penguasa tempatan, yang telah mengubah dan yang boleh mengubah ciri-ciri dan status bandar suci Baitul Maqdis adalah tidak sah dan dengan itu mestilah dimansuhkan. Tindakan rejim untuk menajah, memindahkan penduduk, embina penempatan haram baru dan memusnahkan harta persendirian adalah dengan jelas melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia, Persidangan Geneva IV dan Perjanjian Oslo 1993.

Hakikatnya semua bentuk kutukan, kecaman, resolusi gayanya hanya sekadar buat syarat. Melepaskan batuk di tangga. Cuma mahu tunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa badan-badan dunia seperti PBB itu kononnya sensitif dengan kezaliman, memusuhi penjajahan. Ironinya tidak.

Mereka menanam tebu di bibir. Mereka hanya memperbodohkan dunia dengan tindakan yang tak kemana itu.

Penempatan

Sejak 1967 juga, rejim Zionis menggalakkan orang Yahudi di seluruh dunia untuk berhijrah menduduki Baitul Maqdis Timur. Mereka sediakan pelbagai intensif bagi membenihkan minat seperti subsidi dan pengecualian cukai untuk tempoh-tempoh tertentu.

Natijah dari itu, peningkatan penduduk Baitul Maqdis Timur adalah mencecah 75-80%. Ini satu peningkatan yang cukup tinggi dan merbahaya kepada populasi asal Baitul Maqdis.

Jun 1993, kali pertamanya majoriti penduduk di Baitul Maqdis Timur adalah orang Yahudi. 160,000 orang Yahudi dan 155,000 orang Palestin. Ini kesan jelas dari perancangan mereka. Mereka tidak bersembunyi tentang matlamat mereka. Statistik 2004 menunjukkan terdapat 200,000 pendatang Yahudi di kawasan itu.

Rancangan diskriminasi

Rejim Zionis telah, sedang dan terus menyusahkan rakyat Palestin untuk tinggal di tanah tumpah darah mereka.

Sesiapa sahaja yang tidak dikenali pihak rejim Zionis sebagai penduduk tetap Jerusalem mestilah memohon untuk persatuan keluarga bagi menetap secara sah di sisi rejim di Baitul Maqdis Timur. Keputusan permohonan itu mutlak pada kerajaan dalam negeri, tanpa perlu menyatakan sebab-sebab jika berlakunya penolakan. Hanya begitu sahaja.

Bagi mengawal bilangan rakyat Palestin, pihak Zionis akan merampas kad pengenalan. Satu-satunya bukti mereka penduduk sah ialah kad itu. Apabila dirampas apalagi yang tinggal. Kalaupun mahu memohon, itu bukan jaminan kerana kuasa di tangan si bangsat Zionis. Mana mungkin mereka akan dikurniakan hak yang dirampas itu.

Rakyat Palestin yang mahu ke luar negara mestilah mendapatkan visa masuk semula ke tanah Palestin yang dijajah itu, jika tidak mereka kehilangan hak untuk kembali. Ini bermakna mereka bertukar status pelarian. Hanya semudah itu.

Sesiapa yang tinggal di luar negara lebih dari 7 tahun akan hilang hak menetap di Baitul Maqdis. Sesiapa yang mengahwini orang Palestin dari Tebing Barat, Gaza atau luar negara tidak dibenarkan untuk menetap di Baitul Maqdis.

Anak-anak hanya boleh didaftarkan sebagai penetap Baitul Maqdis jika bapa mereka adalah pemegang kad pengenalan yang sah di sisi rejim Zionis. Kesannya, ramainya 'anak tidak berdaftar' dikecualikan daripada kemudahan pembelajaran dan kesihatan bandar itu. Untuk bina bangunan yang dipanggil Skim Pelan Bandar mestilah diperoleh terlebih dahulu sebelum permit bangunan diberi. Skim bingai ini menyebabkan rakyat Palestin mustahil mendapatkan kebenaran untuk bangunkan kediaman mereka.

Semua kekangan dan undang-undang ini hanya terpakai kepada rakyat Palestin sahaja.

Baitul Maqdis moden

Sekurang-kurangnya 66% Baitul Maqdis sekarang adalah kawasan yang dirampas secara paksa (5% perbandaran Jordan lama, 61% Tebing Barat). Di antara kawasan ini, rejim Zionis Israel telah merampas lebih daripada satu pertiga Baitul Maqdis Timur untuk memberi laluan bagi pembangunan penempatan haram Yahudi sejak 1967.

Penempatan haram ini diduduki lebih 200,000 orang dan bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan penguasaan regim Zionis ke atas keseluruhan Baitul Maqdis. Barat dan Timur.

Mereka telahpun membina dua bulatan sekeliling bandar. Bulatan dalam Baitul Maqdis Timur juga bulatan luar (The Great Jerusalem) melewati jauh ke dalam Tebing Barat. Bulatan luar meminggirkan Arab Baitul Maqdis Timur, membelah separuh tebing Barat dan menatijahkan krisis ekonomi kerana Baitul Maqdis adalah pusat perdagangan dan pergerakan dalam kawasan Palestin.

Pelan The Great Jerusalem oleh rejim Zionis adalah sebuah konsep politik, yang mengikut visi mereka tentang Baitul Maqdis Metropolitan dariapad Ramallah (utara) sehingga Hebron (selatan) dan daripada Jericho (timur) ke Beit Shemesh (barat). Ini merangkumi 30% Tebing Barat yang di dalamnya Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.

Hampir separuh daripada kawasan Arab Baitul Maqdis Timur telah diwartakan kawasan hijau iaitu kawasan awam. Ini bererti tiada pembangunan yang boleh dilaksanakan. Hakikatnya pewartaan kawasan hijau ini adalah untuk dijadikan tanah simpanan bagi tujuan pembangunan atau perluasan penempatan haram Yahudi sahaja.

Yang batil itu jelas, yang hak itu jelas

Isu Baitul Maqdis dan pelan jahat rejim Zionis Israel ke atas setiap inci tanah kota suci Baitul Maqdis cukup jelas kepada dunia.

Apakah setelah mengetahui dan memahami dengan mendalam isu ini mencukupi bagi menghentikan rancangan jahat mereka? Tidak. Sekali-kali tidak.

Lets walk the talk!

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

5 comments: on "Mereka Seleweng Fakta, Kebenaran"

Shah Jihad said...

Bagaimana pulak dengan penindasan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada mahasiswa selepas perencanaan jahat menggubal AUKU dan sekarang membelit mahasiswa dengan isu yuran? bukan kah ini juga perencanaan jahat?

Arrazzi Alhafiz Alattas said...
This comment has been removed by the author.
Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Iskandar Shah, ana sudah bertemu muka dan berbicara dengan pimpinan tertinggi GMS. Banyak perkara sudah dibahaskan.

Pendirian ana jelas dalam isu yang dimaksudkan.

Ana tidak ada masalah untuk mengulas lanjut perkara tersebut. Tetapi ana menghormati permintaan mereka agar tidak menulis di blog ana ini. Permintaan inilah yang ana perlu penuhi.

Justeru, janji adalah janji. Ana tidak mahu mengulas hanya untuk memenuhi provokasi-provokasi sisi.

Shah Jihad said...

ana tidak minta anda jelaskan disini dan tidak pernah ana tuliskan disini minta anta jelaskan....dan ana nyatakan ini bukan provokosi malahan lebih kepada rasa hati mahasiswa dan mereka yang datang bertemu ana....ana tak akan berdiam diri

nory izecson said...

yang sedinya,umat islam zaman sekarang ni pn xtau mna satu baitulmaqdis yg betul..mereka tertipu dgn 'baitulmaqdis' ciptaan zionis..