photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, September 26, 2010

Syawal dan Ahlu Mu'tah


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin

Ramadhan berlalu, Syawal bertamu

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan ia kepada ikhwah dan akhawat sekalian terutamanya pengunjung GEMA MAHASISWA.

Kesempatan yang sangat bererti ini, saya memohon ribuan kemaafan dan keampunan jika insan yang kerdil, lemah lagi hina ini punya kekhilafan yang bukan sedikit. Tiada yang kuharap melainkan sebuah kemaafan dari kalian.

Juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan yang diberikan sepanjang saya membangunkan GEMA MAHASISWA ini.

Ya, ada ketikanya ia rancak. Dan ada ketikanya ia terhenti seketika atas sebab-sebab tertentu. Namun percayalah, saya tetap setia dengan penulisan ini.

Kepulangan sahabat ke tanah air

Ramadhan tahun ini mengubat rindu-dendam pada sahabat-sahabatku yang berkelana di Bumi Syam menuntut ilmu dan pengalaman. Kepulangan yang tidak dijangka namun ia satu nikmat. Hati berdetik, inilah kuasa ukhuwah kerana Allah.

Pertemuan disyukuri, perpisahan diredhai.

Atas rasa rindu yang mendalamlah mereka nekad pulang ke tanah air. Rindukan keluarga dan teman-teman seperjuangan di tanah tumpah darah sendiri.

Antara lainnya juga untuk mendapatkan dana bagi meneruskan pengajian mereka yang berbaki lagi setahun sahaja. Berkelana di Jordan pastinya sukar jika kekurangan dana. Sesungguhnya mereka pergi atas biaya sendiri. Tiada tajaan dari mana-mana pihak.

Maka di sini pengalaman saya ditagih.

"Assalamualaikum Rozi"
"Wa'alaikumsalam, Tun"
"Anta ada kat mana?"
"Masih di Bangi"
"Boleh tak tolong ana ke KL. Nak cari duit sikit."
"Boleh datanglah sini. Ana ada. Hujung minggu memang takde pejabat yang buka. Takpelah, Isnin ni kita pusing KL. Kelas ana dah mula Isnin tapi takpelah. What option that I have?

Memang bila Hakimin, Rasyidi pulang ke Malaysia semasa penghujung Ramadhan yang lalu mereka tidak terus pulang ke Kelantan. Rumah saya di Seri Melati, Bangi jadi persinggahan. Mereka menyatakan hajat untuk menjadi sumbangan. Maka sebagai bekas Ketua Jabatan Perhubungan dan Pemasaran Aman Palestin Malaysia, pengalaman dan kepakaran saya amat diperlukan.

"Sape yang tak singgah rumah ni, memang tolak tuahlah!" seloroh saya diiringi dekahan ketawa mereka.

Saya menjangkakan hanya ambil masa sehari namun urusan itu berlarutan sampai Selasa. Alhamdulillah semua positif. Yayasan Taqwa, Yayasan Harmoni, Bank Rakyat dan Masjid Al-Azhar serta yang lainnya punya komitmen untuk itu.

"Takpelah kena potong elaun RM50 sebab tak datang kelas 2 hari. Asalkan dapat bantu sahabat-sahabat dapatkan RM5000-RM10000 itu sudah lebih dari berbaloi.", getus hati kecil saya.

Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Sebagai seorang sahabat tiada yang lebih membahagiakan selain melihat kegembiraan dan kebahagiaan sahabatnya sendiri.

Kini mereka sudah kembali ke Bumi Syam. Menuntut ilmu di Universiti Mu'tah, Jordan.

Sebenarnya hati ini terlalu sayu bila mengenangkan sahabat-sahabat di perantauan sana. Saya hanya mampu berteleku dan lidah mula kelu. Namun doa tetap bersatu.

15, 16 dan 17 September baru-baru ini semakin ramai sahabat dan kenalan saya berangkat memulakan perjalanan baru di Bumi Syam sana atas satu tujuan dan matlamat, menuntut ilmu di jalan Allah. Mengharap redha, menggapai rahmat.

Saya? Masih di sini menanti kepulangan yang dirindui.

Satu makluman

Saya sebenarnya sibuk dengan urusan belajar. Apalagi di hujung-hujung, pastinya saya disibukkan dengan peperiksaan, kajian lapangan dan tesis. Bermula November 2010, saya akan menjalankan latihan industri di Lembah Kelang. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.

Maka GEMA MAHASISWA akan tergendala sepanjang tempoh itu. Segala kesulitan amatlah saya kesali. Namun saya perlu utamakan yang lebih utama. Cuma sekiranya saya punya kesempatan, pastinya saya akan gunakan sebaik mungkin. Moga perkongsian ini akan terus hidup dan subur antara kita.


Arrazzi Alhafiz Alattas
Melaka Bandaraya Bersejarah

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Syawal dan Ahlu Mu'tah"

D.K. said...

Salam 'alaik... huhuhu, aiwah, pasni kalau ana balik malaysia bleh la singgah umah enta dulu. maklumlah, takut tolak tuah. hehehe