photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Saturday, February 19, 2011

KUIS: Ceritera Sebuah Demokrasi Kampus

MPMKUIS di Extravaganza* 2007

Pilihan Raya Kampus KUIS Ke-9

Lama sudah saya tidak berbicara soal kampus. Lama juga saya tidak memperihalkan tentang tempat saya menimba ilmu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) walaupun selalu saja bersurah dengan teman-teman yang masih menuntut di sana.

KUIS dengan rumah saya bukanlah jauh. Kalau diukur dari pada pagar yang melingkar itu, rasanya dalam 400 meter sahaja. Rumah yang saya sewa ini pun bukannya di Kajang apalagi Rawang. Saya berdiam di Pangsapuri Seri Melati, Bandar Seri Putra. Sekawasan dengan 'Lembah Harapan'.

Namun ceritera KUIS dan warganya sentiasa mekar di hati. Ia dekat bahkah lebih dekat dari pagar KUIS dengan Seri Melati.

Sekarang saya mengira semua orang maklum ini musim Pilihanraya Kampus (PRK) serentak di hampir semua universiti seluruh negara khasnya institut pengajian tinggi awam. KUIS sudah selesai tanpa PRK di penghujung 2010.

Bukan rahsia bahawa mahasiswa di IPT (juga di sebahagian IPTS) menerima tekanan yang hebat oleh pentadbiran universiti yang tunduk dan setianya menjilat kerajaan pusat.

Sudah berzaman mahasiswa dimandulkan dengan AUKU. Justeru, bila mahasiswa mula bangkit melawan kebobrokan dan ketidakadilan pihak pentadbiran, habis segala macam usaha diikhtiar supaya masyarakat kampus bermata tapi buta, bertelinga tapi pekak, bermulut tapi bisu, berhati tapi mati.

Namun dalam tulisan ini, saya tidak berniat berbicara soal itu. InsyaAllah di lain lembaran.

Saya teringin mengimbau kisah lama di kampus saya. Kisah bagaimana mahasiswa memilih pimpinan, perwakilan bagi mewakili suara dan aspirasi mereka, bagi memperjuang hak dan keadilan mereka, bagi membina kekuatan dan perpaduan di kalangan mereka.

Saya berada di zaman yang meriah demokrasinya walaupun mahasiswa tidak sibuk dengan tuntutan demokrasi. Saya tidak sempat dengan zaman lesu demokrasinya walaupun mahasiswa sibuk dengan laungan demokrasi. Demokrasi kini mati di sana. Saya kurang arif sudahkah ia ditalkin dan dikebumikan.

Dahulu apabila sudah ada tanda-tanda PRK, kurang lebih sepurnama sebelumnya Masjid Al-Azhar yang menjadi nadi dan jantung KUIS akan dipenuhi dengan mereka yang cuba mengintai untuk menjadi calon dalam PRK nanti.

Kerana apa, saudaraku? Kerana mahasiswa hanya akan memilih mereka yang dekat jiwanya dekat masjid. Nah, lihatlah. Mahasiswa yang tergantung hatinya di rumah Allah menjadi pra-syarat utama untuk dipilih menjadi pemimpin mahasiswa.

Pra-syarat ini tidak disebut dalam Perlembagaan KUIS. Juga tidak disenaraikan dalam kriteria kelayakan calon PRK. Ia adalah suara hati mahasiswa yang terdidik minda mereka.

Maka sebarang cubaan untuk melakonkan diri sebagai 'budak masjid' pastinya tidak menjadi. Singa mana mungkin seekor kucing. Dan kucing pastinya bukan singa.

'Pelakon-pelakon' awal-awal lagi ditolak.

Sekarang saya tak tahu apa kondisinya. Sekarang juga saya tak tahu apakah nilai itu masih diterimaguna.

Masuk terbaru ini, sudah 2 kali KUIS tiada PRK. Sebagai tambahan, KUIS sudah menghadapi 13 PRK*. 11 kali dengan pertandingan, pengundian (PRK Ke-11 hanya kerusi umum di pertandingkan, kerusi fakulti berakhir tanpa pertandingan). 2 kali PRK calon-calon umum, fakulti menang tanpa bertanding.

Bukan kerana tidak diusahaadakan, tetapi mahasiswa sepertinya tidak mahu. Usah kata untuk ke hadapan sebagai pemimpin, bahkan untuk mengundi. Seperti ada sejarah pahit yang lukanya masih berdenyut dan bernanah.

Tak bercadang nak tuduh siapa punca waima tuding jari.

Saya bukan pejuang demokrasi, hamba demokrasi lagilah bukan. Saya tidak berapa kisah demokrasi tiada di kampus. Apa yang lebih penting dari itu ialah Islam memimpin mahasiswa. Pemimpin mesti memobilisasi mahasiswa dengan Islam dan realiti hari ini.

KUIS pada saya sudah tidak mampu untuk mengempang rempuhan perpecahan dan pertelingkahan untuk kedua kalinya.

Ini masa untuk kita membelakangkan kepentingan politik kepuakan dan membina sebuah perpaduan.

Perpaduan adalah maruah kita. Maka seharusnya ia menjadi keutamaan yang tiada kompromi untuk diselesaikan oleh semua pihak. Tanpa perpaduan, tiada kerjasama. Bila tiada kerjasama, jangan berangan untuk kita bercakap soal kejayaan, kegemilangan apalagi kebangkitan.

Saya bahkan terus memerhati.

____________________________________________________________________

*
1. Extravaganza adalah sebuah program yang menghimpunkan seluruh persatuan di KUIS demi memperkukuhkan perpaduan dan memperdaya kerjasama sesama mahasiswa. Ia dirangka dan dilaksanakan khas demi maslahah perpaduan jangka panjang.
2. KUIS mula memperkenalkan sistem demokrasi pada 1998. Dua tahun awal penubuhannya, kepemimpinan dibuat secara lantikan. Demokrasi belum bertapak.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "KUIS: Ceritera Sebuah Demokrasi Kampus"

Ikhtiar MY said...

Salam hormat.

Tidak tahu di mana silapnya.

Mengapa tiada PRK, Mengapa PRK kali ini tidak meriah?

Suara-suara sumbang bergema. Menuding pada pihak tertentu kononnya PRK 'kurang publisti'. Rasanya gelombang PRK di KUIS sememangnya berlaku antara Disember - Januari. Jadi ana kira tidak perlu timbul isu tersebut :-

Statistik mahasiswa bertanding pada PRK KUIS memperlihatkan penurunan dari segi (calon berdaftar) .

1) Bilangan calon yang bertanding PRK MPM sesi 06/07 : Tiada Maklumat ;p

2) Bilangan calon yang bertanding PRK MPM sesi 07/08 : 32 orang
( Semua Calon Bertanding )

3) Bilangan calon yang bertanding PRK MPM sesi 08/09 : 20 orang
( 9 orang menang tanpa bertanding ) (Hanya Calon Umum 11 orang sahaja bertanding)

Akram Ikrami Taib Azzamudden :1733 UNDI

Nasrul Izad Md Isa : 1669 UNDI

Taiyyibah : 1458 UNDI

Dalilah : 1359 UNDI

Hafiz Moksin : 1249 UNDI

Helmi : 1087 UNDI


4) Bilangan calon yang bertanding PRK MPM sesi 09/10 : 17 Orang*
( Semua Calon Menang Tanpa Bertanding )


5) Bilangan calon yang bertanding PRK MPM sesi 09/10 : 12 Orang*
( Semua Calon Menang Tanpa Bertanding )

*Sumber : Mantan MPM sesi 09/10
mungkin statistik boleh berubah.

tapi salah siapa sebenarnya?