photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, October 11, 2011

Andai Baginda Ada Bersama...



"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawat dan ucapkanlah salam ke atasnya."

[Al-Ahzab 33:56]

Lama benar hati ini tidak disapa rasa rindu yang menjentik iman dan taqwa.

Seakan ada suatu tembok besar yang memutuskan getar rasa itu. Rindu dan cinta kepada baginda Rasulullah saw. Cinta agung pada sang utama.

"...لو كان بيننا الحبيب"

Ya, inilah bait yang menyentuh jiwa, mengembali rasa. Bukanlah pertama kali mendengarnya, namun sepertinya itulah dia.

Getaran jiwa melanda. Menyentap hati yang bergelora, yang entah di mana letak amal dan taqwa.

Andai baginda ada bersama
Aku pasti dimurka
Ajaran dan didikan dibiar dilupa
Sedang deras berlalu detik dan masa
Aku masih leka berselimut alpa

Andai baginda ada bersama
Malu pasti berkunjung tiba
Entah mana nak disorok muka
Ingkar perintah luntur agama
Setiap geraklaku tidak terjaga

Andai baginda ada bersama
Lemah lesu terkesima
Menghitung diri yang jahil nan hina
Membiar jiwa di lembah hina
Kerana itu tindak durjana

Andai baginda ada bersama
Jangan diimpi mengucup dia yang mulia
Mana mungkin sehinamu dapat merasa
Sungguh dikau tiada usaha menjadi umatnya
Bahkan engkau tidak layak disyafaati baginda

Andai baginda ada bersama....



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Andai Baginda Ada Bersama..."