Tuesday, October 4, 2011

Mencari rentak



"Bacalah, dan Tuhanmu-lah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam."

[Al-'Alaq 96: 3-4]

"Apa yang nak ditulis ye?"

Hati kecil saya berdetik menjentik pangkal rasa dan jiwa.

Ya, apabila sudah terlalu lama pause dalam penulisan di laman ini, untuk menggerakkan atau memulakannya kembali mengambil sedikit masa.

Tak tahulah apa alasan untuk dilapik. Nak kata tiada masa, tidak juga. Untuk kata tiada ilham, tidak juga. Untuk kata malas, tidak tepat juga.

Apapun, insya-Allah jari ini akan terus menari melenggokkan kata dan bicara. Tulisan inipun sudah boleh dikira sebagai starting kit (hehe). Macam motor semputlah agaknya. Plak kena kasi hentam sikit.

Semoga kita semua diberkati Allah.

Inipun sudah masuk Zulkaedah. Maknanya bulan hadapan bulan haji dan korban. Sahabat-sahabat yang bakal menjadi tetamu Allah, ucapan syabas dan tahniah. Haji Mabrur itu matlamat.

Mudah-mudahan kita terus dan terus memohon hidayah dan taufiq-Nya buat kekuatan yang akan memandu kita kepada taqwa dan maghfirah.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Mencari rentak"