photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, September 11, 2012

Halal Haram: Gliserin (Glycerine) Dalam Produk Kosmetik

Fitrah manusia sukakan kecantikan dan ingin cantik.

Nak beli masker ke?”, saya menyapa rakan saya di kedai kosmetik ketika melihat dia sedang sibuk memilih barang penjagaan diri.

Ha ah. Tengah mencari-cari ni. Tak tahu mana satu yang elok”, dia membalas. Sememangnya dia mempunyai masalah kulit kering dan berjerawat yang agak teruk.

Glycerine. Ramuan kritikal ni. Boleh jadi dari haiwan, tumbuhan atau petroleum.”, saya terang ringkas.
Masker digunakan secara meluas dalam hal kosmetik
Baik, pada penulisan kali ini saya ingin membawa satu topik yang tak kurang pentingnya. Ia berkaitan suatu komponen yang digunakan secara meluas dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan tak terkecuali juga industri makanan.

Gliserin (glycerine, glycerin) adalah mauduknya.

Gliserin adalah sebatian organik yang merupakan komponan yang tidak berbau, tidak berwarna, likat dan manis serta rendah toksid. Ia juga dikenali sebagai gliserol (glycerol). Gliserin dalam bentuk asalnya dihasilkan dengan memisahkan lemak dan minyak binatang atau sayuran semasa membuat sabun atau lilin, asid-asid lemak atau lemak alkohol (etanol).

Gliserin boleh diperolehi dari beberapa sumber. Haiwan adalah salah satu darinya. Biasanya diperoleh melalui lemak yang biasa dijumpai dalam darah dan komponen utama tisu badan haiwan tersebut. Kebiasaannya gliserin bersumberkan haiwan lazim dirujuk sebagai gliserin daripada gliserol. Dan semestinyalah haiwan yang paling utama ialah babi dan lembu.

Selain itu, boleh juga didapati daripada tumbuhan-tumbuhan atau minyak sayuran antaranya zaitun, soya dan biji sawi. Di Malaysia, gliserin kebiasaannya bersumberkan kelapa sawit.

Dalam sesetengah kes, gliserin mungkin datang dari sumber sintetik hasil tindak balas kimia dengan petroleum. Iaitu produk sampingan (byproduct) dalam pengahsilan biodiesel. Penghasilan biodiesel adalah proses menghasilkan biofuel (minyak biologi).

Disebabkan gliserin mempunyai manfaat yang besar kepada manusia, maka tidak peliklah ia digunakan secara begitu meluas.

Produk Fair & Lovely mengandungi gliserin. Tanpa pengesahan halal, saya kategorikannya syubhah.
Dalam industri farmaseutikal, gliserin digunakan untuk meningkatkan kelancaran, sebagai bahan pelincir dan humectant (bahan penyerap kelembapan, mengelak produk menjadi kering). Boleh juga didapati dalam produk seperti sirap ubat batuk, ubat titis mata, ubat kumur, ubat topikal untuk yis dan jangkitan bakteria dan lain-lain.
Sirap ubat batuk

Oleh kerana gliserin bersifat menyerap kelembaran udara, mesra pada kulit, tidak iritasi kepada bayi, maka industri kosmetik memanfaatkannya dalam sekian banyak produk penjagaan diri. Antaranya produk yang biasa menggunakannya ialah masker (topeng muka), krim pelembab, krim pemerah pipi, losyen pencerah, bedak asas muka, penyegar kulit, syampu rambut, sabun dan ubat gigi.

Gliserin berperanan dalam pembuatan marjerin
 Bagi industri makanan pula, gliserin boleh digunakan sebagai pengemulsi dan gula rendah kalori. Aiskrim, marjerin, makaroni, kek dan mentega kacang adalah antara yang mengandungi gliserin (emulsifier). Selain itu juga, ia digunapakai dalam industri membuat sosej dengan tujuan melembutkan pembalut sosej. 

Penggunaannya adalah kerana sifatnya yang tidak beracun, melincir dan meruap di dalam udara.
Mentega kacang mengandungi gliserin sebagai pengemulsi
Saya menganjurkan para pembaca sekalian untuk mendapatkan produk-produk berkenaan yang telah disahkan status halalnya oleh pihak berautoriti. Ini sangat penting untuk kita mengelakkan diri dalam terjerumus kepada yang syubhah apalagi haram.

Safi adalah antara produk kosmetik yang berstatus halal
Bukankah Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesiapa yang memelihara dirinya daripada yang haram dan syubhah, maka ia telah memelihara agama dan kehormatan dirinya.

Firman Allah Azzawajalla: “Mereka bertanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?." Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya. [Al-Maidah:4]

Jelas ayat di atas mengkhabarkan kepada kita bahawa setiap yang adalah sesuatu yang baik untuk kita. Maka ambillah apa yang baik itu dan tinggalkanlah apa yang buruk, yang Allah Azzawajalla tidak redha untuk kita.

Sungguh manusia punya fitrahnya yang mulia. Justeru, peliharalah ia sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul-Nya.s

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

3 comments: on "Halal Haram: Gliserin (Glycerine) Dalam Produk Kosmetik"

Unknown said...

nice articel, and as moeslim we must be selectife before use something.
jazakallahu khairan katsir.