photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Friday, January 30, 2009

Memo Untuk Mahasiswa UiTM

Gerakkan Memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya esok (31 Januari ) jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Perlancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr Hassan Ahmad.

Bahasa jiwa bangsa. Kehormatan Bahasa Melayu dicabul semahu-mahunya dekad demi dekad. Lebih malang lagi ia dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang mengisytiharkan mereka pejuang bangsa.

Esok adalah masanya untuk mereka yang mendabik dada sebagai pejuang bangsa tunjukkan jiwa pejuang mereka.

Saya masih ingat bila mana YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar dibuka kouta 10% untuk bukan Melayu menuntut di UiTM supaya daya saing pelajar Melayu tinggi, maka gegak-gempita pemimpin-pemimpin mahasiswa UiTM menentang. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan. Bukan sahaja di kampus utama Shah Alam bahkan mereka ke beberapa kampus UiTM di seluruh negara. Saya percaya anda juga pasti tak lupa.

Kalau dahulu atas nama pertahankan nilai bangsa 5000 mahasiswa UiTM turun ke jalan raya berdemonstrasi. Apakah esok 5000 mahasiswa ini juga akan turun sebagai tanda sokongan kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Jika esok Yang di-Pertua MPPUiTM tidak turun mengepalai satu ketumbukan mahasiswa UiTM, maka benarlah perjuangan mereka dahulu yang katanya demi bangsa Melayu tercinta adalah satu penipuan semata-mata.

Jauh di sudut hati, saya masih menaruh harap mahasiswa UiTM akan bergegak gempita demi kelestarian nilai bangsa.

Ayuh, kita menyokong usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI menumbangkan perosak bahasa dan bangsa Melayu.
read more...

Thursday, January 29, 2009

Mesti Usahakan Perubahan

Allah tak akan ubah sehingga kita berubah adalah satu Sunnatullah yang telah Allah tetapkan buat hamba-hambaNya. Ia bukanlah ungkapan yang tidak lazim dibicarakan malah hampir setiap dari kita amat arif tentang ayat ini. Tun Dr. Mahathir adalah salah seorang pemimpin negara yang memang biasa sangat mengungkapkan nas ini.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Peristiwa serangan terhadap Ghaza telah membuka mata dan minda Umat Islam seluruh dunia. Malah umat manusia seluruhnya juga telah mengetahui kekejaman yang dilakukan Israel laknatullah terhadap Umat Islam Palestin. Setiap dari kita merasakan kesedihan, hiba dan simpati terhadap nasib Umat Islam Palestin di Ghaza.

Banyak yang telah kita lakukan; doa, solat, munajat, derma, boikot, rapat umum dan demonstrasi namun kita masih merasa lemah dan putus harapan. Kita rasa sedih kerana usaha yang dilakukan tidak menampakkan hasil yang sebenarnya yang diharapkan.

Suara-suara kebenaran meskipun ramai dan bergema namun tidak berkuasa mengubah hakikat kekuasaan musuh-musuh Islam menganyang Umat Islam hidup-hidup. Apa lagi yang boleh dilakukan agar maruah Umat ini kembali tertegak?

Kita tertanya-tanya, apakah salah kita menyebabkan hal ini berlaku? Adakah umat Islam hari ini ditimpa mara bencana akibat kelemahan dan kelekaan kita sendiri? Adakah ini kifarah terhadap dosa yang telah kita lakukan selama ini? Mengapa umat Islam di Palestin dan tempat-tempat lain yang menerima bencana bukannya kita?

Allah menatijahkan sesuatu pasti ada sebabnya kerana Dialah Perancang Yang Paling Utama. Dialah yang berkuasa menentukan penguasa di muka bumi ini. Allah berfirman dalam surah Ali’Imran ayat 26:
“Katakanlah (Muhammad) Wahai Tuhan Pemilik Kekuasaan, Engkau berikan kekuassan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”
Benar!! Kekuasaaan Dunia terletak pada tangan Zionis antarabangsa yang menguasai Kuasa-Kuasa Besar Amerika dan Britain. Dan Umat Islam pada hari ini berada dalam kelemahan dan kehinaan yang teruk.

Kelemahan, kehinaan yang melanda umat Islam bukanlah sengaja dikenakan namun ia adalah pengajaran supaya kita bangkit berubah. Sunnatullah tidak akan berlaku sewenang-wenangnya tanpa kita berusaha. Ayat di atas menuntut kita untuk melakukan sesuatu supaya kemenangan kembali kepada Islam, supaya kegemilangan Islam kembali menyinar.

Saya tidak menafikan segala usaha yang telah anda lakukan seperti doa, derma, demonstrasi dan sebagainya. Tahniah kepada yang telah melakukannya. Namun ia adalah usaha yang kesannya bersifat sementara. Kita perlukan usaha yang menatijahkan kesan yang besar dan bertahan lama. Usaha yang akan mengubah nasib Umat Islam yang tercinta ini seluruhnya agar ia kembali terbela. Apakah usaha itu?

Usaha ini adalah usaha menyatupadukan Umat Islam seluruh dunia dalam Aqidah Islam yang Asli dan Satu. Ia adalah usaha yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan diwarisi para sahabat, tabien, tabi’ tabieen dan salafus solehin. Ia adalah usaha menggerakkan Umat Islam mewujudkan kembali Khalifah Islam. Ia adalah usaha menegakkan kembali Islam di muka bumi!!

Namun ia bukannya usaha yang mudah. Banyak cabaran dan rintangan yang bakal menimpa. Arus kejahiliyyahan yang besar harus diharungi dengan kesabaran dan keteguhan tekad yang tidak pernah kenal erti kecundang.

Ia adalah usaha Dakwah dan Tarbiyyah mengajak Umat Islam agar kembali kepada pengamalan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Inilah perubahan yang perlu berlaku dalam Umat ini untuk Allah kembali mengubah nasib kita.

Justeru, marilah kita bersama-sama melakukan perubahan. Bermula dari kita, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya seluruh dunia.

Sekiranya kita tekad melakukannya InsyaAllah, Allah akan mengubah Nasib Kita juga Nasib Umat Islam ini suatu hari nanti. Kerana Janji Allah itu adalah pasti!!

“InnAllaha La Yughaiyiruma Bi Qaumin Hatta Yughaiyiruma Bi Anfusihim”
read more...

Friday, January 23, 2009

Jangan Silap Bertindak!

Pada suatu masa terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara dari pekerjaannya sebagai tukang kayu di sebuah syarikat pembinaan.

Dalam fikirannya, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin benar menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tercinta. Tukang kayu itu tidak akan menerima lagi upah sekiranya dia bersara. Tetapi dia nekad. Dia tetap dengan keputusannya untuk bersara. Lalu diapun memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikan mendengar hasrat hati tukangb kayu yang berpengalaman itu, majikan itu berasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut menarik balik keputusannya. Namun dia tetap tidak berganjak walau seinci. Akhirnya, majikan itu akur tetapi dia meletakkan satu syarat iaitu memenuhi satu permintaan terakhirnya. Permintaan itu ialah menyuruh tukang kayu itu rumah buat kali membina sebuah buat kali yang terakhir.

Tukang kayu merasa gembira dan sangat bersetuju dengan permintaan majikannya itu. Nyata kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahirannya yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah mutunya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangka masa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu seraya berkata,

"Inilah hadiah persaraan daripada saya untuk kamu. Selamat bersara".

Terkejut besar tukang kayu itu dengan kata-kata majikannya. Beliau sama sekali tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana membina rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu dari awal, dia pasti akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Sengaja saya menceritakan kisah di atas untuk perhatian kita bersama. Senario ini mungkin pernah berlaku dalam hidup kita seharian.

Pada saya, kehidupan juga boleh diibarat seperti membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kebanyakan dari kita sering mengambil mudah dengan kehidupan mereka pada hari ini hingga lupa masa hadapan. Kita merasa selesa kerana ibubapa sentiasa di samping kita. Masih hidup, masih menghulurkan wang, masih membelikan pakaian untuk kita, masih kuat bekerja. Agaknya kita lupa, bahawa setiap yang hidup akan mati. Itu adalah janji Allah. Itu juga adalah fitrah.

Maka pada ketika itu, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tidak lain tidak bukan, diri kita sendiri. Belajarlah bertanggungjawab dan merancang masa depan. Apalagi kita adalah umat Islam. Umat yang mana diajar akan kehidupan selepas mati. Kita tidak hanya merancang kejayaan di satu alam. Kita diajar merancang untuk kejayaan di dua-dua alam ini. Dunia dan Akhirat.

Pepatah Arab ada berbunyi, siapa yang menanam dia akan menuai hasilnya. Baik benih yang kita semai dan dipelihara dengan teliti, maka natijahnya pasti baik dan hebat.

Ingatlah, apa yang kita lakukan pada hari ini kesannya akan dirasai sehingga puluhan tahun bahkan ratusan tahun. Maka bertanggungjawabkan akan setiap apa yang dilakukan di atas muka bumi ini.
read more...

Sunday, January 18, 2009

KUIS: Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Sebelum saya memanjangkan kalam tanpa suara ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sdr. Nasrul Izad Mohd Isa kerana Majlis Syura memutuskan beliau sebagai Presiden MPMKUIS ke-11. Sesungguhnya amanah dan tanggungjawab sangat berat yang dipikulkan di atas kedua pundak menagih satu tindakan dan perlaksanaan yang sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kepentingan mahasiswa.

Penghargaan dan tahniah saya tujukan buat Mantan Presiden MPMKUIS,Sdr Mohd Rasyidi Ali atas sumbangan dan jasa bakti beliau selama setahun menerajui kepemimpinan mahasiswa KUIS. Kredibiliti dan karismatik Rasyidi terpatri dalam lembaran sejarah. Perjuangan beliau yang sangat beranjau dan beronak duri pastinya punya nilai yang sangat tinggi di sisi Allah swt.

Secara peribadi saya amat menghormati sosok tubuh pemimpin ini sedari beliau diamanahkan jawatan Setiausaha Agong MPPKUIS dua tahun yang lalu.

Apa-apa pun ingatan saya buat saf kepemimpinan KUIS yang baru. Ya, kalian belajar berkorban untuk mencapai dan meraih kemenangan. Ianya sudahpun diraih dan dikecapi.

Ingatlah, mengisi kemenangan itu lebih menuntut pengorbanan dan ketabahan. Maharnya sangat mahal. Ada yang kecundang, ada yang mampu melangkah megah dan gagah.

Malanglah jika kalian hanya tahu apa itu kemenangan tetapi langsung tidak bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja kebarangkalian yang akan datang.

Bersediakah kalau diamanahkah jawatan-jawatan yang besar dan berat? Bagaimana pula dengan kebajikan mahasiswa dan pembangunan insan yang ingin dipelihara dan dipulihara?

Ribuan mata memerhati dengan penuh minat setiap tindak-tanduk kepemimpinan mereka. Kata-kata tiada makna. Tindakan itulah jawapannya.

Ini pesanku:

"Dalam kepimpinan kita akan berdepan dengan dilema. Antara memenuhi desakan moral atau tunduk pada tuntutan legal. Terserah kepada kebijaksanaan pemimpin itu sendiri bagaimana mendepaninya"

Salam Perjuangan.
read more...

Saturday, January 17, 2009

Raikan Kemenangan Parti Islam

Alhamdulillah. Ini sahajalah kalimah yang diungkapkan sebaik sahaja saya menerima SMS dari sahabat-sahabat mengkhabarkan tentang kejayaan PAS kembali menawan Kuala Terengganu. Tadi saya meluangkan masa memenuhi jemputan ke Majlis Makan Malam Kolarasi Amal GEMPITA. Nak datang segan sebenarnya. Namun untuk tidak mengecewakan pihak penganjur saya ketepikan semua itu.

Ketika khusyuk mendengar ucapan Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Dr Halimah Ali, mulalah SMS bertalu-talu menerjah telefon bimbit ini. Mahu saja saya bertakbir tapi beringat juga ada pemimpin negeri tengah berucap. Takde adablah kalau begitu.

"Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang"

Sememangnya tidak dinafikan semangat dan iltizam yang ditunjukkan oleh jentera PAS bagi menggembling usaha ke arah memenangkan Parti Islam itu adalah sangat tinggi dan menebal. Semua orang maklum, kalau dihimpunkan seluruh parti politik di Malaysia ini, tak kiralah UMNO ke, PKR ke, MCA ke, DAP ke, Gerakan ke, MIC ke dan lain-lain, maka orang PAS lah yang paling istiqamah dan tinggi iltizamnya dalam bekerja dengan parti. Tarbiyyah inilah yang takde pada mana-mana parti politik yang lain.

" Tiada kemenangan kecuali dari sisi-Nya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana"

Syukur calon PAS, YB Abdul Wahid Endut diisytihar sebagai pemenang bagi kerusi P36. Ini bermakna kerusi PAS dan Pakatan Rakyat bertambah di Parlimen.

Keangkuhan dan besar diri pemimpin UMNO/Barisan Nasional pasti tercalar teruk dengan perkembangan terkini ini. Macam sebelum-sebelum ini, mereka akan saling tuduh-menuduh dan bercakaran bagi memikulkan kesalahan dan kekalahan mereka.

Isu Hudud yang dijaja kembali kepada rakyat bukan sahaja tidak mengena jerat bahkan jerat sudah makan tuan. Mereka angkuh dengan syariat Allah. Maka kehinaan menimpa mereka. Allah bagi tunai.

Raikanlah kemenangan ini dengan sujud syukur kepada Allah swt tempat kita meminta dan mengadu. Apalagi kita ditarbiyyah oleh pemimpin agar berpegang teguh pada tali Allah.

Suka saya memetik kata-kata Tuan Guru Presiden:

"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"


Subhanallah. Inilah ucapan dari seorang pemimpin yang mahu membawa rakyat Malaysia bernaung di bawah redha Allah.

Ya Allah Ya Zaljalali walikram, serahkanlah negara ini kepada pemimpin-pemimpin Islam yang bertaqwa. Jangan biarkan kami tanpa pimpinan. Pimpinlah kami ke jalan kebenaran. Kepada Engkaulah kami berserah dan berharap....



read more...

Wednesday, January 14, 2009

KUIS: Itu Kena Tanya Dia

Ada beberapa individu dan perkumpulan yang tidak senang dengan tindakan saya memberikan sokongan dan harapan bagi mengemudi badan tertinggi mahasiswa kepada bekas Pengerusi Sekretariat Induksi dan Taaruf MPPKUIS, Sdr Nasrul Izad Mohd Isa yang bertanding dalam PRK kali ini.

Saya teringat apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat mengutarakan pandangan peribadi beliau agar Mohammad Sabu kembali diangkat menjadi calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Alasan Tuan Guru ialah Mohammad Sabu telah terbukti berwibawa dan lantang mengangkat suara rakyat di Parlimen dan semestinyalah sudah terbukti melalui pengalamannya sebelum-sebelum ini.

Bila Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang mengumumkan YB Abdul Wahid Endut sebagai calon di KT, Tuan Guru Nik Aziz tidak keberatan menerimanya bahkan menyokong penuh. Kata Tok Guru, pendapat dia sebelum ini hanyalah pendapat peribadi berdasar beberapa asas. Apa-apapun Majlis Syura adalah pemutusnya. Yang penting ialah calon itu tidak merugikan gerakan Islam.

Bukanlah pendapat Tok Guru itu bermaksud untuk menafikan kebolehan pemimpin-pemimpin PAS Terengganu. Bukan juga untuk memperlekehkan kewibawaan anak tempatan. Pendapat Tok Guru hanyalah satu pendapat. Yang baiknya Tok Guru (sesuai dengan statusnya sebagai seorang ulama' besar) bagi hujah dan asas sebab apa dia bersuara begitu. Dia tak cakap kosong. Masalah nak terima atau tak, itu cerita kedua.

Berbalik kepada komentar saya, sebenarnya kalau diteliti baik-baik tanpa perlunya gelojoh, jelas kenyataan saya itu dibuat ketika pagi semalam. Sebab itu mukaddimah kenyataan atau artikel itu ada seruan agar warga KUIS keluar mengundi. Takkanlah sudah petang, sudah tutup fail baru saya nak seru keluar mengundi? Nak mengundi apanya lagi?

Nah, terang lagi bersuluh kenyataan saya itu dibuat sebelum keputusan PRK diumumkan oleh pihak SPR. Jadi apa silapnya? Mana salahnya? Tak timbul soal diskriminasi. Tak timbul soal memandang rendah. Tak timbul soal menafikan hak siapa-siapa. Takde langsung.

Sekarang kita maklum bahawa Akram Ikrami Taib Azzamuddin menerima undian tertinggi diikuti oleh Nasrul Izad sendiri.

Bila ini berlaku, maka sudah tidak timbul perkara yang saya nyatakan. Mahasiswa punya pilihan. Kalam saya bukan firman atau sabda. Kalam saya tetap kalam seorang insan yang hina dan dina di sisi-Nya.

Saya juga tak keberatan untuk memberikan sokongan yang padu kepada Akram Ikrami. Pemuda ini punya kelebihan yang tersendiri sehingga diangkat oleh masyarakat kampus bagi mewakili suara mereka. Tak timbul soal saya tidak menyokong dan mendokong suara majoriti. Akram Ikrami ada kredibiliti. Begitu juga Nasrul Izad. Mereka berdua punya fikrah dan tarbiyyah sahihah. Nasrul Izad adalah penerima Anugerah Kepemimpinan Siswa sempena Istiadat Konvokesyen KUIS, Akram Ikrami pula adalah penerima Anugerah Pemimpin Harapan sempena ASI 2008. Dari segi undian, Akram Ikrami adalah kelebihan. Nasrul Izad pula ada kelebihan dari segi pengalaman. Gandingan mereka pastinya gandingan yang mantap dan unggul.

Yang lebih utama dan penting ialah individu yang ingin diangkat sebagai orang no.1 MPMKUIS mestilah orang yang punya fikrah dan tarbiyyah. Itu sahaja.

Saya tak nampak apa-apa kerugian kalau Akram diangkat sebagai presiden begitu juga Nasrul Izad. Kedua-keduanya tetap menguntungkan masyarakat kampus.

Cuma saya agak terkilan tentang seperkara ini. Akram Ikrami Taib Azzamuddin sebelum ini telah dihalang dari bertanding dalam PRK kali ini oleh satu golongan yang diketuai oleh seorang bekas pemimpin mahasiswa KUIS. Mereka melahirkan kekesalan dan kekecewaan apabila Akram Ikrami menetapkan pendirian untuk terus bertanding.

Alih-alih, individu tersebut membuat satu kenyataan terbuka menyataan sokongan penuh kepada Akram Ikrami untuk diangkat sebagai Presiden MPMKUIS ke-11.

Apa maksud semua ini? Siapa individu dan golongan tersebut? Hanya Akram Ikrami orang yang tepat untuk menjawabnya.

Semua orang mampu dan boleh menyatakan sokongan dan dokongan kepada sesiapa yang dimahu. Persoalannya, adakah sokongan itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan? Atau sekadar menanam tebu ditepi bibir?

Bicara soal ini memang saya rasa sedih dan kecewa. Ya, itulah hakikatnya. Masa senang ramai kerumun. Tahniah, syabas, gembira, sokongan dan seumpamanya datang melimpah ruah. Mengapa hanya selepas menang? Kenapa tidak sama bersingsing lengan berkempen, menampal poster dengan mereka? Sama-sama berkeringat, sama-sama menahan rasa letih dan mengantuk. Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Yang ini pun kena tanya kepada Nasrul Izad dan Akram Ikrami.
read more...

Tuesday, January 13, 2009

PRK: SokonganTerbuka Untuk Nasrul Izad

Salam Pilihanraya dan Selamat Mengundi saya ucapkan kepada seluruh warga KUIS.

Dikesempatan yang amat bermakna ini, saya menyeru agar keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai warga yang berhemat tinggi.

Ingatlah setiap undi adalah menjadi tanggungjawab anda dan akan dipersoalkan di Mahsyar kelak. Oleh itu, berfikir dan istikharahlah sebelum mengundi. Mudah-mudahan pilihan kita itu dipimpin oleh Allah swt.

Ini adalah titik penting bagi melakar dan mencorak setahun mendatang ini. Kepemimpinan yang akan diberi amanah dalam memegang tampuk kepimpinan seharusnya sudah bersedia dari segenap segi dan aspek.

Amatlah malang jika para calon hanya tahu bagaimana untuk memenangi tetapi lupa untuk merenung dan merencana bagaimana nak diisi kemenangan itu. Mengisi kemenangan adalah jauh lebih utama dan sukar daripada stategi meraih kemenangan.

Ujian demi ujian, mehnah demi mehnah pastinya akan datang bertamu dan menyapa. Maka rugi besarlah mahasiswa jika pemimpin harapan mereka gagal untuk bertindak dengan bijak dan saksama.

Saya memberikan sokongan penuh kepada bekas Pengerusi Sekretariat Induksi dan Taaruf MPPKUIS 2006/2007, Sdr. Nasrul Izad B. Mohd Isa yang bertanding pada PRK kali ini. Sesungguhnya hasrat untuk bertanding oleh penerima Anugerah Tokoh Kepemimpinan Terbaik sempena Istiadat Konvokesyen KUIS ke-10 tahun lepas adalah sangat tepat dan membawa satu harapan baru kepada warga kampus. Nasrul Izad adalah salah seorang yang saya kagumi perancangan dan gerak kerja yang dilakukan ketika kami sama-sama diberikan amanah sebagai anggota MPPKUIS dua tahun lalu. Diharap dengan kemasukan semula, Nasrul Izad mampu menggembling usaha bagi meneruskan penambahbaikan seterusnya memperjuangkan hak-hak mahasiswa yang dijamin oleh perlembagaan.

Beliau adalah orang yang paling layak bagi menerajui badan tertinggi mahasiswa itu.

Salam PRK dan Selamat Mengundi.
read more...

Saturday, January 10, 2009

Manifesto, Demonstrasi, Hujah & Rapat Umum

Seminggu ini memang saya sibuk dengan tuntutan kerja dan desakan moral sehinggakan tiada masa untuk saya menulis dan mencorak tentang perkembangan semasa yang berlaku di sekitar kita.

4 hari. Ya, walaupun hanya berjarak 4hari namun banyak sungguh perkara-perkara besar yang berlaku yang mana bagi saya ianya perlu disentuh dalam penulisan saya.

Rapat Umum PRK KUIS

8 Januari yang lalu Rapat Umum atau Pidato Manifesto PRK telah berlangsung di Auditorium KUIS. Disebabkan semua kerusi fakulti bersituasikan menang tanpa bertanding maka hanya 11 orang calon sahaja (kerusi Umum) yang membentangkan manifesto masing-masing.

Dalam kesibukan saya diamanahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah bagi sama-sama menguruskan Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Melawati Shah Alam, tegar juga saya mencuti masa untuk pulang ke Bangi bagi mengikuti pidato para calon secara langsung.

Saya cuma mahukan sedikit tasawwur sebagai maklumat dan pengetahuan sendiri. Agar menulis tidak salah, bercakap tidak silap.

Kecewa? Ya, saya akui. Kebanyakkan calon membentangkan manifesto tanpa ada sandaran dan fakta yang sahih. Amat tidak wajar kita berhujah tanpa didasari ilmu dan kebenaran. Begitu juga bila ramai calon yang menekankan isu yang teknikal semata-mata.

Kita mahu mendengar dasar-dasar yang meyakinkan bukan sekadar buat syarat manifesto. Tanggungjawab sebagai anggota MPMKUIS bukan hal kecil-kecil anak.

"With great power, comes great reponsibility"
Sebab itu kita sangat teliti dalam perkara ini sebab hakikat sebuah amanah memang berat dan menyesahkan.

Walau bagaimanapun, kekecewaan saya sedikit terubat bila ada beberapa calon yang membentangkan hujah mereka yang konkrit sebagai manifesto PRK mereka. Hal-hal teras yang mengakar niat dan harapan mereka untuk memikul amanah besar tersebut.

Dalam masa yang sama saya juga sedih apabila masih ada mahasiswa yang tidak menjaga adab dan akhlak ketika program berlangsung. Apa layakkah seorang mahasiswa Islam berlagak begitu?

Meluah rasa di Jalan Tun Abdul RazakHari Jumaat lepas, saya bersama beberapa orang ikhwah pergi ke Masjid Tabung Haji untuk bersolat Jumaat seterusnya berdemonstrasi ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Abdul Razak.

Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Pada perkiraan saya demonstrasi anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu telah menarik 10 000 rakyat pelbagai latar belakang, agama dan bangsa bagi bersama-sama menzahirkan rasa jelak dan benci terhadap regim Zionis Israel.

Kalau nak dikira panas, memang panas. Bahang terikan matahari ketika itu memang memeritkan. Namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat apalagi luntur. Apalah sangat kalau nak dibanding dengan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara seakidah kita di bumi Palestin sana.

Sebak terasa apabila Ust. Nasruddin Hassan At-Tantawi membacakan ucapan As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin suatu ketika dahulu yang melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin-pemimpin Islam yang pengecut dan bacul bila membiarkan umat Islam di Palestin diganyang oleh regim Israel semahunya.

Pentas 3 zaman

Penat memang penat. Namun selesai sahaja berdemonstrasi saya dan ikhwah balik ke Seri Kembangan, (sekarang saya sudah tidak tinggal di Bukit Mahkota kerana bekerja di Seri Kembangan) kemudian bergegas menunggang motosikal capuk saya itu meluncur lebuh raya bagi menghadiri program anjuran MPMKUIS.Sebagai bekas Yang Di-Pertua MPPKUIS, saya turut digandingkan dengan Sdr. Mohd Izad Abd Aziz yang juga mantan Yang Di-Pertua dan Presiden MPMKUIS, Sdr Mohd Rasyidi Ali.

'PRK: Satu Perspektif' adalah tajuk perbincangan. Namun perbincangan ini menggunakan format HUJAH (program diskusi semasa popular TV9).

Perbincangan dan perbahasan berlangsung panas dengan panel membentangkan hujah masing-masing yang kebanyakkannya saling berselisih dan tidak sekata.

Banyak juga pendapat-pendapat yang saya tidak bersetuju dengan Izad Aziz dan Rasyidi Ali, namun itu bukanlah halangan untuk saya menghormati pandangan-pandangan dan lontaran idea mereka.

Perbeza pandangan itu biasa. Yang lebih penting ialah kita tahu apa yang dipegang dan matlamat yang ingin dicapai. Apa wasilahnya, itu terserah kepada kebijaksanaan masing-masing namun paksinya mestilah kebenaran.

Secara jelasnya, memang 3 individu yang pernah menduduki kerusi no.1 badan tertinggi mahasiswa itu mempunyai pendekatan dan pemikiran yang tersendiri.

Moga harapan dan penyelesaian yang telah dibentang pada malam itu dihadam oleh mahasiswa dengan baik demi kelangsungan kebangkitan suara mahasiswa.

Stadium Melawati menjadi saksi

Selesai sahaja program anjuran MPMKUIS, saya berkejar ke Shah Alam untuk membuat persiapan terakhir Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

2.30 pagi saya sampai. Walaupun waktu sudah lewat apalagi kepenatan yang ditanggung sangat terasa, tetapi kerja-kerja yang belum beres perlu disiapkan segera. Tangguh bukan pilihan terbaik. Jam 4.10 pagi baru saya berehat dan tidur bagi cas semula tenaga yang tersisa.

Alhamdulillah Rapat Umum berjalan dengan baik. hampir 10 000 hadirin membanjiri stadium tertutup itu.

Manik-manik air mata sudah saya tak mampu tahan apabila stadium bergema dengan langungan takbir.

"Kami adalah satu bangsa yang cintakan kematian sebagaimana mereka cintakan dunia"
Masih terngiang di telinga ini ucapan Dr Mujahid Yusuf Rawa dan wakil HAMAS, Dr Naji Z.A Alsarhi penuh dengan nada semangat dan jihad.
read more...

Tuesday, January 6, 2009

Kenyataan Rasmi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Tentang Gaza

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala' kepadanya.

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21).

“Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Di manakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin)."

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di penghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak merubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !

Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.

Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid di jalan Allah dan tidak takut kepada mati.

Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,

Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji “Syahid atau Menang”. Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek di mana di kalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.

Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.

Wahai para Mujahideen HAMAS,

Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah bertahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah di dunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa!

Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.

Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,

Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.

Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, ‘Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah”.

Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,

Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Di akhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.

Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …

Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.

Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).

Allahu Akbar, walillahi Hamd.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Sheikh Mahdi Akef
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin
Kaherah, Mesir

read more...

PRK: Pilihanraya Luar Biasa dalam Sejarah

Hari ini sememangnya saya sibuk dengan macam-macam kerja yang perlu diselesaikan hari ini juga. Kalau bertangguh, maka makin bertambunlah jawabnya. Dari Bukit Mahkota ke Seri Kembangan. Kemudian turun Bandar Baru Bangi.

Dalam kesibukan yang dihambat waktu, saya terima panggilan dari Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin. Saya diarah ke pejabat Aman Palestin untuk berbincang soal demonstrasi di Shah Alam.

Tiba-tiba dapat pula SMS dari sahabat saya. Isu PRK. Semua calon kerusi Fakulti menang tanpa bertanding.

Saya terkedu dan terkesima seketika. Apa benarkah perkhabaran yang sangat luar biasa ini? Mana taknya, belum pernah dalam sejarah PRK di kampus universiti Islam terjadi fenomena ini. Kalau kerusi FTSI yang menang tanpa bertanding, itu biasalah.

Saya menjangkakan memang tak sengit. Tapi takdelah sampai tahap ini.

Rata-rata berkongsi nada yang sama. Macam esok Malaysia ini diisytiharkan akan berlaku peperangan. Habis semua bertempiaran lari.

Asalnya saya sudah bersedia untuk membuat komentar yang mungkin sedikit panjang berkaitan calon apabila maklumat dihantar kepada saya. Alih-alih, saya pun tak tahu apa yang ingin dikomentarkan. Bukanlah takde langsung cuma bukan masanya.

Insya-Allah, ada beberapa perkara yang saya akan sentuh sepanjang PRK berlangsung. Saya tunggu dan lihat.




read more...

Monday, January 5, 2009

Antara Dua Penamaan Calon

6 Januari - Hari ini penuh dengan lakaran sejarah. Semuanya berlaku secara serentak seakan kebetulan. Hari Asyura (10 Muharram), Penamaan Calon PRK Kuala Terengganu dan Penamaan Calon PRK KUIS.

Penamaan Calon di Kuala Terangganu pastinya panas dengan natijah yang sangat menguji kedua-dua belah pihak sama ada PAS (Pakatan Rakyat) dan UMNO (Barisan Nasional). Pertembungan dua parti naungan orang Melayu yang terbesar ini dengan masing-masing mempertaruhkan YB Senator Dato' Wan Ahmad Farid (UMNO) dan YB Abdul Wahid Endut (PAS) bagi mempertahan dan merebut kerusi P36.

Saya tinggalkan kisah Pilihanraya Kecil P36 kerana tidak bercadang untuk mengulas panjang. Biarlah orang politik yang bercakap soal itu.

KUIS masih menjadi bahan komentar eksklusif saya sehingga kini. Maka tak sah bagi saya jika ada perkara besar di kampus sana tanpa saya sentuh. Apalagi bila berkesempatan.

Hari ini para calon, pencadang dan penyokong akan berduyun ke JPM bagi menyerahkan borang penamaan calon PRK kepada pesuruhjaya SPR, En. Halim Mokhtar. Siapakah orangnya itu saya tidak pasti dan tidak tahu. Hanya beberapa nama sahaja yang dimaklumkan kepada saya.

PRK ke-11 ini sebenarnya sangat penting untuk masyarakat kampus. Ia menjadi indikator apalagi KUIS akan dinaiktaraf sebagai sebuah universiti penuh. MPMKUIS akan datang akan mencorakkan kampus dan warganya selama setahun kepimpinan mereka. Semestinya taraf universiti penuh nanti memerlukan mereka berkhidmat dengan lebih wibawa dan progresif sesuai dengan status universiti itu sendiri. Ini juga bermakna mereka mesti lebih dalam segenap tindakan daripada yang lepas-lepas.

Namun apa yang lebih utama sebelum kita memperkatakan perkara sejauh tindakan, adalah baik jika perhatikan pemilihannya terlebih dahulu.

Semestinya kita mahu yang diangkat itu benar-benar wibawa dan punya kemampuan. Di sinilah letaknya peranan masyarakat kampus untuk meneliti terlebih dahulu individu-individu yang ingin diangkat menjadi wakil mahasiswa.

Saya menanti penamaan calon dengan penuh debaran dan saya juga percaya mereka yang prihatin dengan kepemimpinan mahasiswa juga merasainya. Doa dan harapan dikirim bersama.

SPR pasti sudah bersedia dengan jerangkap samar dan muslihat. Mereka berjalan dan kita berlari.
read more...

Sunday, January 4, 2009

Si Celaka dan Si Bangsat Laknatullah


Ahad ,04/01/2009 -Media “as Safir” mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam selepas serangan Zionis Israel ke Gaza. Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh.

as Safir menyatakan, “Tidak sampai 36 jam bermulanya serangan udara Israel ke Gaza, Mesir telah mengumpulkan para utusan dari Ramallah, Aman, Tel Aviv, Washington dan salah satu Negara teluk.” Sementara itu Muhammad Dahlan, berangkat dari Tebing Barat ke Mesir menggunakan pesawat milik salah satu syarikat penerbangan Israel.

As-Safir turut menyatakan bahawa antara perkara yang dibincangkan oleh Dahlan ialah perancangan selepas kejatuhan Hamas di Gaza. Ini membuktikan terdapat pakatan antara Fatah dan Zionis Israel.

____________________________________________________________________

Si Celaka Abbas dan Si Bangsat Dahlan memang kampang (maksud kalimah ini rujuk pada orang Pahang). Babi lebih mulia dari pemimpin Fatah. Mereka inilah pengkhianat dan peminum darah umat Islam di Palestin. Isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, adik kehilangan abang dan seumpamanya, mereka inilah yang bertanggungjawab.

Sudahlah menjadi kerajaan 'luar nikah' (haram), kini mereka berpakat dengan Israel untuk menghancurkan HAMAS selaku kerajaan sah yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin bagi membolot kuasa penuh mentadbir Palestin. Dan akhirnya menyerahkan kehormatan bumi barakah Palestin kepada Israel.

Wahai saudara-saudara seakidahku,

Sebutlah nama-nama mereka ini di dalam qunut nazilahmu. Pohon pada Yang Maha Kuasa agar mencampakkan kehinaan kepada Si Celaka dan Si Bangsat bersama penyokong-penyokong mereka. Hancur-leburkanlah pakatan mereka.

Berilah kemuliaan dan kemenangan kepada HAMAS dan para mujahiddin di medan juang. Sesungguhnya kami sentiasa mendoakan kemenangan dan kehormatan bagi mereka.

Khaibar...khaibar ya Yahud
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud


read more...

Saturday, January 3, 2009

Palestin: Apakah Sekadar Melihat dan Mengutuk?

Isu serangan terbaru ke atas Gaza yang menjadi perhatian utama dunia, tidaklah semata-mata bermula selepas tamatnya genjatan senjata 6 bulan antara Gaza dan Israel pada 19 Disember 2008 yang lalu sebagaimana yang cuba digambarkan. Ia merupakan sebuah kegeraman yang sudah lama terpendam di dada Israel akibat kegagalannya menjatuhkan musuh utamanya, HAMAS dari pemerintahan di Gaza.

Israel sudah lama menyekat ekonomi Gaza, semenjak kemenangan HAMAS pada pilihanraya umum Palestin pada Januari 2006 lalu. Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh Israel serta sekutunya di Washington dan Eropah bagi menggulingkan kerajaan HAMAS yang dilantik rakyat Palestin secara demokratik. Mereka berusaha melaga-lagakan berbagai fraksi di Palestin, bahkan usaha-usaha perdamaian dalaman Palestin sangat dicemburui dan dibantah musuh-musuh Palestin ini. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran sangat tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka, terutama AS melalui Condoleeza Rice dan Keith Dayton, kemudiannya mengapi-apikan isu perbezaan politik dan berjaya menghasut segelintir pihak berpengaruh di Palestin, seperti Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan untuk bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan HAMAS secara penggulingan bersenjata. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini telah dikesan oleh kerajaan HAMAS dan digagalkan dalam pertempuran berdarah antara HAMAS dan FATAH di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Akibatnya, pihak FATAH di Gaza mengaku kalah dan berundur ke Ramallah, lalu HAMAS menguasai Gaza secara mutlak. Ini memberi alasan bagi Israel untuk lebih mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Bahkan Israel berjaya mengajak Mesir yang menyempadani Gaza agar menutup sempadan Gaza-Mesir. Kemasukan rutin bantuan kemanusiaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut disekat dan dihadkan. Lalu bermulalah krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia akibat penindasan sesama manusia.

Jurang antara pemimpin FATAH di Tebing Barat dan HAMAS di Gaza semakin membesar apabila Mahmoud Abbas mengisytihar Gaza sebagai negeri pengganas dan pembelot serta enggan membincangkan soal perdamaian antara kedua pihak. Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Mahmoud Abbas membentuk kerajaan Tebing Baratnya sendiri dan melantik Salam Fayyad sebagai PM boneka. Mahmoud Abbas dan kerajaan baru ini terus mendapat sokongan moral dari AS dan Eropah. Bahkan, kerajaan tidak demokratik ini telah mendapat sokongan latihan dan kewangan berjuta dollar dari AS untuk menguatkan pasukan keselamatannya untuk menghapuskan jentera penentangan di Palestin. Dengan kekuatan baru ini, mereka telah bersekongkol dengan Israel untuk menghapuskan elemen-elemen penentangan di sekitar Tebing Barat. Mereka menutup dan merampas sekolah-sekolah dan asrama anak yatim, kompleks membeli belah, kedai-kedai serta mana-mana institusi yang boleh dikaitkan dengan HAMAS dan penentangan. Mereka turut memburu, menangkap, memenjara dan membunuh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Palestin dan rakyat biasa di Tebing Barat yang mempunyai kaitan atau menunjukkan simpati terhadap HAMAS dan penentangan. HAMAS yang mengecam tindakan ini bagaimanapun sentiasa berusaha untuk mengajak FATAH agar berunding untuk kepentingan masa depan Palestin. Berbagai usaha kesatuan semula telah diambil HAMAS dan beberapa pemimpin antarabangsa antaranya pemimpin dari Yemen dan Mesir, namun sehingga kini belum menunjukkan sebarang hasil yang memberangsangkan.

Pada masa yang sama, sekatan ekonomi di Gaza oleh Israel dan AS terus berlanjutan sehingga mencapai tahap kritikal dari sudut hak dan keperluan asasi manusia. Makanan, ubatan, tenaga elektrik, saliran semuanya mengalami kegawatan ke tahap kronik. Tujuannya, untuk menghukum rakyat Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan dan menjadikan rakyat berang kepada HAMAS yang cuba digambarkan membawa malang kepada rakyat. Namun, berkat kesabaran HAMAS serta kesetiaan rakyat Gaza menyebabkan HAMAS terus popular di mata rakyat.

Genjatan Senjata 6 Bulan

HAMAS serta fraksi penentangan lain terus menekan Israel untuk menghentikan penindasannya dengan melancarkan roket-roket buatan tangan mereka ke bandar-bandar Israel. Akhirnya, dengan campurtangan Mesir, Israel dan Gaza telah mempersetujui sebuah genjatan senjata 6 bulan yang agak rapuh dari 19 Jun 2008 ke 19 Disember 2008, dengan syarat bekalan asasi dibenarkan masuk ke Gaza serta sempadan-sempadan Gaza ke dunia luar dibuka seperti biasa. Namun, ternyata Israel dan Mesir hanya berpegang kepada perjanjian tersebut secara minimal. Bahkan, sebulan sebelum tamatnya perjanjian genjatan senjata antara Gaza & Zionis, pihak Zionis telah menzahirkan secara terang-terangan bahawa ia tidak pernah menghormati genjatan senjata ini dengan melakukan beberapa serangan maut di Gaza disamping mengetatkan lagi sekatan ekonomi dan kawalan sempadan. Sepanjang genjatan senjata, Israel telah membunuh 40 nyawa rakyat Gaza, manakala tiada seorang pun rakyat Israel yang terbunuh. Malangnya, tindakan ganas Israel ini mendapat sokongan AS serta konco-konconya dengan alasan Israel berhak mempertahankan dirinya.

Serangan Terbaru

Penyembelihan besar-besaran terbaru di Gaza berlaku selepas tamatnya genjatan senjata ini. Serangan ini berlaku pada Sabtu 27 Disember 2008, 24 jam selepas lawatan menteri luar Israel, Tzipi Livni ke Kaherah, Mesir dalam pertemuannya dengan Presiden dan pegawai atasan Mesir. Dalam ucapan rasminya di hadapan media, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan HAMAS. Di situlah pengisytiharaan perang berlaku.

24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza. Pada Sabtu 27 Disember, tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara dan memobilisasikan tentera daratnya beserta kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Tidak cukup dengan itu, negara pengganas itu telah mengerahkan 6,500 tentera simpanannya untuk bersiap sedia di sempadan Gaza. Serangan udara tersebut dimulakan pada tengah hari Sabtu, sebaik sahaja waktu anak-anak pulang dari sekolah. Sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lagi 1650 orang; bahkan mereka membunuh 150 orang dalam masa kurang dari setengah jam. Ini adalah serangan udara paling berdarah yang pernah dilancarkan dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Antara yang terbunuh dan cedera bukanlah semata-mata pejuang-pejuang dan pasukan keselamatan Palestin, bahkan rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, serta bayi berusia 14 bulan. Antara yang terbunuh juga adalah Tawfik Jabr, komander polis Palestin serta Ahmed Ashur, gabenor daerah tengah Gaza. Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”

Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa. Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan. Pihak hospital menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan Israel untuk menghentikan serangan serta penggunaan senjata haramnya.

Dalam masa 2 hari, Israel telah menjatuhkan lebih 100 tan peluru berpandu menggunakan pesawat F-16. Mereka telah membedil pusat-pusat keselamatan HAMAS, kawasan kediaman umum di seluruh Gaza, ibupejabat stesen televisyen Al-Aqsa TV, kabel-kabel elektrik, bengkel-bengkel dan kilang-kilang. Israel berjaya meranapkan 40 terowong rahsia yang digunakan rakyat Gaza untuk membawa masuk bekalan keperluan harian serta senjata. Pesawat Israel turut menghancurkan sebuah masjid di Gaza City berhampiran Hospital Shifa’, di mana ketika itu ramai ahli keluarga pesakit sedang berlindung. Bahkan Hospital Shifa’ turut mengalami banyak kerosakan material. Tentera Israel turut mengebom Universiti Islam Gaza serta bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi kubu kuat HAMAS. Israel juga mengebom sebuah pelabuhan perikanan untuk melumpuhkan salah satu sumber rezeki utama Gaza. Sebagai penghinaan tambahan, Israel juga mengebom sebuah penjara di Gaza, menyebabkan ramai penjenayah-penjenayah melarikan diri dari pusat tahanan tersebut.

Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.

Apa Pendirian Pendirian Dunia?

Namun, dunia secara umumnya memprotes dan mengutuk hebat tindakan Israel. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengutuk hebat serangan Israel yang melampau ini dan mengarahkan Israel menghentikan operasi-operasinnya. Beliau menyeru pemimpin-pemimpin liga Arab agar berbincang dan bertindak segera untuk menghentikan suasana tegang ini. PM Malaysia turut menyatakan bantahannya terhadap serangan Israel serta keganasan melampau yang digunakan. Syria secara rasmi menghentikan segala rundingan damai dengan Israel. Iran turut mengutuk hebat serangan bersifat barbarik ini serta mengecam kebisuan pemimpin Arab. PM Turkey menggelar tindakan Israel ini sebagai “jenayah terhadap kemanusiaan”. Pertubuhan-pertubuhan Muslim seluruh dunia juga memberi respon mengecam perlakuan kebinatangan Israel ini. Persatuan Muslim Britain turut mengecam “jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza” yang mengikuti kepungan dan sekatan ekonomi besar-besaran ke atas Gaza. Mereka menyeru badan-badan Muslim, serta rakyat-rakyat merdeka lain untuk bangkit mengambil langkah-langkah untuk menghentikan serangan Israel ini. Jamaat-e-Islami dari Pakistan turut mengecam hebat tindakan Zionis dan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di daerah-daerah Pakistan. Di Palestin sendiri, demonstrasi jalanan telah dianjurkan di Tebing Barat bagi membantah penyembelihan saudara-saudara mereka di seberang sempadan. Di Iraq dan Lebanon juga telah dianjurkan demonstrasi besar-besaran menyatakan kesatuan dengan Gaza serta mengecam tindakan kejam Israel. Beratus-ratus rakyat Mesir turut hadir dalam demonstrasi di Kaherah bagi membantah serangan Zionis ini.

US, sebagaimana yang dijangka, menyalahkan HAMAS kerana dikatakan memprovokasi Israel supaya melancarkan serangan itu. AS bahkan terus menyokong serangan buas ini, dengan pesanan agar mengelakkan pembunuhan rakyat awam. Nicolas Sarkozy, Presiden Perancis, turut menyalahkan HAMAS, namun beliau mengecam kekerasan melampau yang digunakan Israel. Mahmoud Abbas pula yang sedang dalam lawatan ke Arab Saudi, juga tidak segan silu menuduh HAMAS kerana melakukan provokasi ke atas Israel untuk melancar serangan. Beliau bagaimanapun turut mengutuk keganasan berlebih-lebihan yang digunakan ke atas Gaza.

Dari Gaza, PM Palestin, Ismail Haneyya terus menyatakan keteguhan dan semangat Gaza untuk bertahan disebalik segala keperitan dan kesusahan yang dialami Gaza. Beliau mengatakan tribulasi yang menimpa Gaza dari Israel ini bertujuan memecahkan kesabaran bersejarah yang dipamerkan rakyat Gaza sepanjang berdepan dengan kekejaman Israel dalam segala bentuk. Khaled Mishaal, ketua biro politik HAMAS, dengan yakin mengatakan, “jentera-jentera perang musuh akan dihancurkan oleh kerikil kesabaran rakyat Palestin”. Beliau menyeru rakyat Palestin agar terus teguh dan bersabar serta mengajak pihak Fatah agar bersatu dengan HAMAS di Gaza dan Tebing Barat serta menghentikan koordinasi dengan Israel untuk menghapuskan penentangan Palestin. HAMAS juga mengajak dunia untuk memutuskan segala perhubungan dengan Israel dan membuka pintu sempadan di Rafah sebagai respon yang praktikal terhadap keganasan Israel. Pada masa yang sama, Briged Izz Addin Al-Qassam serta barisan penentangan yang lain pula akan terus mempertahankan Palestin dan membalas segala kekejaman Israel ke atas Gaza sehingga titisan darah mereka yang terakhir.

Israel, negara pengganas, memberi alasan bahawa serangan dahsyat ini kononnya hanya bertujuan menghentikan terus serangan roket pejuang Palestin ke atas bandar-bandar Israel, bukan untuk menakluk semula Gaza semenjak ia meninggalkannya pada 2005. Inilah adalah pembohongan kerana HAMAS menyatakan kesediaan untuk meneruskan genjatan senjata sekiranya Israel membuka laluan sempadannya dan membenarkan bantuan kemanusiaan. Namun, Israel enggan menerima syarat tersebut. Ternyata bahawa serangan kebinatang ini merupakan salah satu stunt politik Parti Kadima untuk memperagakan kekuatannya untuk memancing undi menjelang pilihanraya Israel pada Februari hadapan. Nyata juga bahawa tindakan Israel ini berikutan kebimbangannya terhadap kekuatan dan populariti HAMAS yang terus berkembang setelah pelbagai usaha kejam lagi jelek yang diambil Israel untuk menggulingkan HAMAS. Di samping itu, Israel juga dilihat ingin mengalihkan pandangan dunia dari isu Masjid Al-Aqsa yang ingin ditawan Zionis. Bahkan, sebuah pusat kajian antarabangsa milik AS untuk program timur tengah melihat tindakan Israel ini sebagai usaha melemahkan kerajaan HAMAS dan menaikkan Mahmoud Abbas yang semakin kehilangan popularity di kalangan rakyat Palestin sendiri.

Namun, masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan isu Palestin sudah masak dengan alasan-alasan Israel dan sekutu-sekutunya. Kekerasan serta keganasan melampau semestinya tidak mungkin diterima manusia berakal dan berperikemanusiaan. Tidak masuk akal sama sekali untuk menggunakan kekuatan sophisticated dengan melampau ke atas pejuang nasional yang hanya bersenjatakan roket primitif dan batu. Bahkan sekatan ekonomi yang dipelopori Israel sehingga ke tahap menafikan kemanusiaan penduduk Gaza jelas menampakkan sifat kebinatangan negara pengganas ini yang mengabaikan sifat-sifat asasi manusia. Ini semua hanyalah kesempatan yang diambil oleh Israel di atas kelemahan persenjataan rakyat Palestin serta kelemahan kesatuan umat Islam. Semoga Allah membantu tentera-tenteranya, memperkuat para penjaga Masjid Al-Aqsa, menyatukan barisan Muslimin dan menghancurkan musuh-musuhNya selumat-lumatnya.


read more...